Hiburan By: Del14 November 14, 2019 @ 2:36pm

Gosip Cinta Dengan Usop, Giliran Masya Pula Bersuara

Sering dikaitkan dengan penyanyi kelahiran Mentor Milenia 2017, Usop, penyanyi Masya Masyitah menafikan bahawa adanya hubungan cinta antara mereka berdua, walaupun dia sangat selesa berkawan dengan Usop. 

“Kami hanya sekadar berkawan sahaja. Nak lepak-lepak pun tak ada. Saya selalunya dengan ibu. Kami hanya kawan sekerja.

“Mungkinlah orang nampak kami baik dan rapat sebab dua-dua asal dari Kedah. Bila borak pun, sama loghat,” kata Masya kepada Xtra ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu sebuah syarikat televisyen satelit berbayar semalam.

Menjelaskan yang usianya masih muda, penyanyi lagu Halimunan ini mengatakan dia masih   belum berpunya dan hanya akan mencari jodoh apabila sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga… mungkin dalam 8 tahun lagi. 

“Saya selesa je nak berkawan kalau ikhlas tapi belum sampai tahap bercinta lagi.  Saya masih ‘single‘ dan sekarang ni fokus saya hanya kepada bidang nyanyian.

“Kalau dah nak kahwin nanti, baru lah saya betul-betul cari pasangan…mungkin dalam 8 tahun lagi sebab saya pun baru berumur 19 tahun,” ucap Masya. 

Usop juga pernah ditemubual dan mengatakan hubungan mereka setakat ‘adik’ dan ‘abang’ sahaja, namun tidak menolak jika ada jodoh dengan Masya satu hari nanti.

Baca: ‘Kalau Ada Jodoh, Saya Terima’ – Usop Jawab Gosip Dengan Masya

Bercerita mengenai projek terbaharunya, Masya mengatakan dia bakal mengeluarkan album pada tahun depan dan masih mencari lagu-lagu yang sesuai untuk dimuatkan di dalam album itu nanti.

“Masya sebenarnya teringin nak rakamkan lagu rock tapi bukan rock sebarangan..Masya nak rock yang ‘tangkap leleh’.  

“Masya tak memilih komposer, sama ada yang lama atau baharu, asalkan lagu tu Masya betul-betul berkenan,” jawab Masya apabila ditanya genre lagu pilihannya. 

Terdahulu, Masya pernah diejek netizen kerana telah menyunting gambar sehingga senget. Mengambil insiden itu sebagai pengajaran hidup, Masya telah pun meminta maaf atas kekhilafannya dan mungkin tidak akan menyunting lagi gambar di masa hadapan. 

Baca: Masya Tampil Beri Penjelasan Tentang Gambar ‘Edit’ Pinggul

Baca:  Edit Gambar Biarlah Berpada-Pada, Masya Mashitah Jadi Bahan Lawak Netizen

 

Oleh: Fas

Sumber Foto: Instagram @masyitah_masya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Tiga Tahun Menanti, Hafiz Teruja Ke Pentas Final AJL 34!

Antara lagu ‘favourite’ tahun ini!

Hiburan Sun, 11 Aug 2019
Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Sering Diaju Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’, Fattah Amin Mula Bersuara!

Pelakon KL Special Force ini turut memohon peminat mendoakan agar dia dan isteri dikurniakan zuriat seterusnya hidup bahagia hingga hujung nyawa.

Fab Foodies! Thu, 17 May 2018

5 Buah Yang Sesuai Untuk Anda Yang Sakit Jantung

” An apple a day keeps the doctor away” antara buah yang dapat membantu dan mencegah penyakit jantung

Hiburan Thu, 10 Mar 2022
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Sporting habis ayah Yuna, cayalah!

Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan dengan menghadiahkan 2 buah lagu untuk anak beliau sewaktu majlis persandingan

Featured Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Mikayla Delisha Hakim Nama Puteri Norman & Memey

Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

| Live TV