Gosip Sudah Berkahwin Dengan AR Badul, Annie Ariffin Tampil Dedah Bukti – “Aku Dah Malu Sebab Dia Macam…”

Pelakon Annie Ariffin tampil menegaskan dakwaan dia telah bernikah dengan pelakon dan pengarah AR Badul seperti yang heboh di media sosial sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Annie yang juga merupakan pelakon utama filem arahan AR Badul iaitu Vik2toria Secret itu menjelaskan dia tidak menyangka gosip tersebut bertebaran.

“Saya akan bawa hal ini ke depan kerana saya dimalu dan difitnah.

“Saya pelik tiba-tiba keluar kenyataan macam ini dari pihak siapa?

“Jangan nak kaut untung dengan fitnah dan kenyataan tanpa dari mulut saya sendiri,” tulisnya.

Dalam pada itu, Annie turut mendedahkan gosip tersebut dibuat daripada pihak produksi sendiri bagi tujuan mempromosikan filem arahan Badul itu.

“Dalam 2 minggu lepas produser ada bagitahu aku dia dah cakap kat wartawan tulis hal macam ni untuk buat gosip nak promosi filem dia tapi aku tak setuju dan aku minta dia stop bagitahu wartawan jangan gunakan gosip ini untuk promosi.

“Dia okey dan beritahu bahawa wartawan mesti ikut cakap dia. Tapi hari ini keluar juga story bodoh dan memalukan aku ni.

“Nak kaut untung jangan jual hal peribadi orang. Kalau kau tahu filem kau tak boleh pergi jauh, jangan sampai guna maruah orang,”dakwanya.

Mengulas mengenai gosip dia telah bernikah dengan Badul, Annie menganggap pelakon veteran itu seperti bapanya sendiri.

“Aku dah malu sebab ramai dah bertanya sebab aku anggap Badul tu macam bapa aku.

“Tapi hari ini siap tulis nikah terus, apa cerita?,” jelasnya.

Terdahulu, nama AR Badul kecoh di media sosial apabila didakwa sudah bernikah dengan pelakon utama filem arahannya iaitu Annie Ariffin, namun Badul menafikan dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sudah Bernikah Dengan Pelakon Utama Filem Arahannya, AR Badul Tampil Perjelas – “Saya Sudah 73 Tahun…”

Khairil Khusyairi