Hadiah Birthday Dapat Kereta Mewah, Netizen Anggap Ameera Khan Bertuah -“Born With A Silver Spoon”

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mencuri perhatian selepas dia berkongsi berita gembira kepada umum bahawa ibu dan bapanya,  telah memberikan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke- 22 baru-baru ini.

Ameera memaklumkan perkara tersebut menerusi sesi siaran langsung di TikTok selepas ada individu bertanyakan soalan, bahawa dia telah membeli kereta pacuan empat roda jenis BMW New Series.

“LMK baru beli kereta BMW?

“No, mama and daddy bought it for me,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut telah menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menyifatkan adik kepada Neelofa ini sangat bertuah kerana tidak hanya memiliki rupa paras yang cantik, malah sentiasa dilimpahi dengan kemewahan.

“Born with a silver spoon.

“Biasalah daddy dia kaya.

“BMW i7 baru launching haritu wei.

“Untungnya dah lah cantik, kaya pula tu… kita ni lesen pun payah nak ambil,”komen netizen.

@neelofa_store betuah LMK dpt hadiah kereta bmw i7 😍 #fyp #neelofastore ♬ Every Second – Mina Okabe

 

Sebelum ini, Ameera turut memuat naik beberapa foto kereta mewah miliknya itu di laman sosial Instagram.

“She’s home and she is mine,” tulisnya.

Difahamkan, kereta pacuan empat roda jenis BMW i7 itu mula dilancarkan pada tahun ini dan harganya dianggarkan lebih dari RM700,000.Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mencuri perhatian selepas dia berkongsi berita gembira kepada umum bahawa ibu dan bapanya,  telah memberikan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke- 22 baru-baru ini.

Ameera memaklumkan perkara tersebut menerusi sesi siaran langsung di TikTok selepas ada individu bertanyakan soalan, bahawa dia telah membeli kereta pacuan empat roda jenis BMW New Series.

“LMK baru beli kereta BMW?

“No, mama and daddy bought it for me,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut telah menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menyifatkan adik kepada Neelofa ini sangat bertuah kerana tidak hanya memiliki rupa paras yang cantik, malah sentiasa dilimpahi dengan kemewahan.

“Born with a silver spoon.

“Biasalah daddy dia kaya.

“BMW i7 baru launching haritu wei.

“Untungnya dah lah cantik, kaya pula tu… kita ni lesen pun payah nak ambil,”komen netizen.

 

Sebelum ini, Ameera turut memuat naik beberapa foto kereta mewah miliknya itu di laman sosial Instagram.

“She’s home and she is mine,” tulisnya.

Difahamkan, kereta pacuan empat roda jenis BMW i7 itu mula dilancarkan pada tahun ini dan harganya dianggarkan lebih dari RM700,000.

Salma Syahbuddin