Featured By: Atiqah Johari April 12, 2023 @ 5:04pm

Hadiah Buat Peminat, Elizabeth Tan Tampil Dengan Raya Cun

Penyanyi Elizabeth Tan atau mesra disapa sebagai Lizzy merupakan penyanyi wanita yang memiliki vokal yang unik dan sering mendapat tempat dalam kalangan peminat tersendiri.

Terbaru, Lizzy tampil dengan single baharu bersempena Syawal tahun ini sebagai hadiah kepada peminatnya yang berjudul Raya Cun.

Raya Cun merupakan hasil ciptaan penuh Diandra Arjunaidi, Mage dan Efry Arwis serta bekerjasama dengan Universal Music dengan Lion Music Group.

Karya ini merupakan lagu raya pertama Lizzy sepanjang lebih lapan tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian.

Kata Lizzy, Raya Cun sangat mesra pendengar selain ia cukup dekat dengan kehidupan semua yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Lagu Raya Cun ni ringkas saja. Ia mengenai kecoh suasana kemeriahan di pagi raya. ‘Vibe’ lagu ni memang gembira dan kita ada memasukkan elemen penting hari raya yang mana saya berasa semua orang sudah tahu seperti baju raya, duit raya dan banyak lagi,” katanya.

Raya Cun juga hadir dengan muzik video yang menyeronokkan ditambah pula dengan konsep MV itu yang ‘happening’.

“Konsep MV lagu Raya Cun ini mengenai suasana pada pagi raya. Semua orang teruja dan suasana pun sangat meriah. Pendek kata, semua orang bergembira meraikan hari raya bersama keluarga dan orang tercinta,” ujarnya.

Sehubungan itu, Lizzy berharap Raya Cun itu diterima baik memandangkan ia adalah lagu raya pertama dihasilkan.

“Lagu ni sangat istimewa buat saya sebab sebenarnya lapan tahun lepas saya ‘tular’ selepas menyanyikan dan merakamkan semula lagu raya. Disebabkan itu, komposer dan penyanyi Faizal Tahir terus menawarkan saya untuk merakamkan lagu Knock Knock.

“Kiranya, perjalanan kerjaya nyanyian saya bermula dengan saya ‘cover’ lagu raya. Sekarang akhirnya saya ada lagu raya sendiri. Jadi, harapan saya untuk lagu adalah semua orang akan rasa gembira apabila mendengar lagu ni. Kalau suka, jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan dan keluarga,” katanya.

Untuk makluman, Raya Cun sudah dilancarkan secara rasmi sejak 7 April lalu di ke semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music manakala video muzik sudah boleh ditonton di saluran Youtube Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Apr 2022
Hiburan Wed, 4 Mar 2020
Featured Thu, 18 May 2023
Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Events Fri, 29 Jul 2022

Kes R*gol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman 5 Hari Lagi

Moga keadilan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah

Hiburan Sun, 20 Jan 2019

Alvin鍾瑾桦28岁生日!粉丝买巴士广告送惊喜

本月23日即将迎来28岁生日的Alvin鍾瑾桦,日前后援粉丝会特别为他举办生日派对,并买下印有鍾瑾桦肖像的巴士广告送上惊喜!

Hiburan Sat, 9 Mar 2019