Featured By: Halimey Zamal January 13, 2023 @ 5:37pm

Hadir Dengan ‘Hukum’, Hariz Danial Mula Bina Nama Dalam Industri Muzik

Juara ‘I Can See Your Voice Malaysia’ musim ke-3, Hariz Danial tampil dengan single pertamanya berjudul Hukum hasil garapan komposer terkenal, Sirkhan Danial bersama Ibnu Rinkarnaen.

Menurut Hariz, dia sangat bersyukur diberi peluang untuk mengeluarkan single hasil ciptaan komposer terkenal tanah air.

“Syukur Alhamdulillah kerana peluang menghasilkan single ini adalah rezeki yang tidak disangka, sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat seperti Sirkhan Danial dan juga Ibnu Rinkarnaen.

“Terima kasih kepada pihak Armani Entertainment Group (AEG) kerana sudi melamar saya menjadi artis naungan mereka dan terutamanya kepada Datuk KK Chua yang nampak dan juga percaya dengan bakat yang saya miliki,” kata Hariz.

Sementara itu, menurut pengasas dan ketua pegawai AEG, Datuk KK Chua beliau menjelaskan bakat anak muda seperti Hariz seharusnya digilap sebaik mungkin dan percaya akan kebolehan yang dimiliki oleh penyanyi terbabit.

“Di AEG, kami percaya bakat anak muda tempatan wajar diberikan peluang dan diketengahkan agar ramai penggemar muzik dapat menikmatinya.

“Saya yakin dengan kebolehan Hariz yang mampu pergi jauh jika berada di landasan yang betul dan memang matlamat AEG untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu,” kata Chua.

Mengangkat karya balada pop moden dan sedikit suntikan elemen rock ‘Hukum’ mengisahkan tentang kurangnya persefahaman sepasang kekasih dalam hubungan percintaan dan harus akur dengan ketentuan-Nya.

Lagu Hukum boleh dimuat turun di iTunes Store dan boleh didengari di aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Selain itu, untuk video pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Apr 2018

Netizen Tempelak Raja Ilya, Dakwa Keputusan Tolak Tawaran Filem Marvel Drama Semata-Mata

Apabila nama Raja Ilya disenarai pendek dalam senarai pembikinan filem Marvel diproduksikan produksi Hollywood, tentunya ia berita membanggakan.

Hiburan Fri, 28 Apr 2023

Gandingan Redza Rosli & Amyra Rosli Dalam Drama ‘Kerasnya Takdir’

Macam mana Jiha (Amyra Rosli) nak teruskan hidup??!!

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Suami Ziana Zain Hadapi Tuduhan Berat

Armin yang bekerja sendiri itu didakwa  mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan. Dan Jika Sabit Kesalahan, Bekas Ketua Pramugara itu boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau kedua-dua dari mana-mana seksaan itu

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

‘Saya Masih Tunggu’-Eizlan Yusof

Eizlan mengadakan sidang media tergempar bagi menuntut permohonan maaf daripada PDRM

Trending Sat, 26 May 2018

Did You Know That These 6 Malaysian Brands are Famous Overseas?

We should appreciate our local brands more.

Trending Wed, 16 Jun 2021
Hiburan Thu, 28 Mar 2019

‘Jadi Penyanyi? Tak Kot…’- Radin Selesa Kerja Dalam Konti

Selalunya kalau penyampai radio bila bercakap suara pun dah sedap, kalau menyanyi mesti okay juga kan?

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Kylie Jenner Tampil Bogel Sambil Dipeluk Kekasih Hati?

Wow! Yang penting Kylie Jenner selalu letopssss!