Hadir Ke Pertunangan Shila Amzah & Ubai, ND Lala Rakam Foto Lengkap Bersama Keluarga

Kelibat Datuk ND Lala hadir ke majlis pertunangan anaknya, Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai MZ baru-baru ini seolah-olah menepis dakwaan bahawa rumah tangganya kini sedang bergolak.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS) milik Syada, ND Lala hadir dengan mengenakan sut berwarna coklat dan mengambil foto lengkap bersama keluarga termasuk isteri, Datin Fauziah Sarman yang berada disisinya sambil tersenyum dan kelihatan tenang.

Dalam perkongsian tersebut, Syada juga sempat menitipkan ucapan tahniah kepada kakaknya dan Ubai beserta kapsyen mencuit hati.

“Belum boleh cakap ‘Welcome to the family’.

“Jadi kita ucap tahniah dulu untuk pasangan merpati dua sejoli ni.

“Saya tak nak panggil abang,” katanya.

Terdahulu, Syada Amzah, 25, pernah menulis surat secara terbuka kepada bapanya selepas mendakwa pelantun lagu Zapin Berharap itu tidak dapat dihubungi.

Manakala, pada 1 April lalu, Fauziah pula telah memuat naik foto seorang wanita dipercayai individu ketiga yang mengganggu rumah tangganya.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada tahun 1989  dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu, Shila Amzah, Amir Afiq, Amir Syahir dan Syada.

Salma Syahbuddin