Hafreez Adam Kehilangan Ayah Tersayang

Takziah kami ucapkan kepada pelakon Juvana, Hafreez Adam yang baru sahaja kehilangan ayah tersayang. Berita ini dikongsikan olehnya dalam laman instagram sejam yang lalu.

”Assalammualaikum semua. Saya Hafreez Adam, ingin memohon maaf kepada semua yang cuba menghubungi atau whatsapp saya jika panggilan tidak dijawab atau whatsapp tak dibalas.  

“Ayah saya baru kembal ke rahmatullah pagi tadi sekitar 2 pagi dan baru selesai dikebumikan tengah hari tadi. Minta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Terima kasih,” tulisnya.

Bagaimanapun pelakon filem Raisha 2 ini belum berkongsi punca kematian kepada umum.

Kami berdoa agar Hafreez dan keluarga tabah mengharungi dugaan ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Del14