Hiburan By: Maya Basir May 19, 2022 @ 11:36pm

Hairul Azreen ‘Ikat Perut’ Selama Lima Bulan Demi…

“Bila ingat balik gila lah, sangat penat,” demikian luahan pelakon Hairul Azreen yang perlu membina badan dan menjaga diet selama lima bulan bagi menjayakan filem The Assistant.

Hairul, 34, atau nama sebenar Hairul Azreen Idris berkata, dia perlu menurunkan berat badan dari 74kg hingga 64kg.

“Terus terang saya cakap, sakit apabila buat badan untuk filem ini. Saya kena diet dan kena berlawan dalam keadaan yang lapar. Saya kena tahan semua ni selama lima bulan sebab tiga bulan menjalani latihan dan dua bulan penggambaran.

“Berat badan normal 74kg, saya turunkan berat untuk watak Feroz sampai 64kg hingga cengkung pipi. Bayangkan anda lapar tapi kena kerja. Macam tu perasaan saya, lapar tapi kena berlakon. Tapi ini semua bukan untuk minta simpati tetapi kalau bukan anda sokong filem tempatan siapa lagi,” katanya.

Menurut Hairul, dia dan seluruh pasukan yang terlibat sudah melakukan yang terbaik untuk filem The Assistant yang bakal ditayangkan mulai hari ini.

“Kami buat yang terbaik untuk filem ini insya-Allah. Anda tak akan menyesal beli tiket. Itu janji saya. Cuma, perhatian adik-adik bawah 18 tahun tidak dibenarkan tonton filem ini. Terima kasih kepada semua yang dah beli tiket awal,” katanya.

Selain Hairul, pelakon Iedil Dzuhrie turut terlibat filem terbitan Sony Pictures Entertainment Malaysia dengan kerjasama Act 2 Pictures ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 May 2018

‘Syawal Kali Ini’ Definisi Hidup Fattah Amin

Kalau nak tahu, ini merupakan kali pertama saya mengarah klip video. Pada mulanya agak sukar untuk ajak mereka berlakon dalam klip ini tetapi saya percaya sebagai ahli keluarga, mereka sentiasa menyokong karier saya…Tahniah Fattah, semoga single ini terus meletop!

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Fri, 21 Dec 2018

李佩玲「攻顶」开唱!突破自我邀千人共度跨年夜

时隔半年,李佩玲终于要展开个人巡演的第二站啦!

Trending Tue, 1 Dec 2020
Featured Mon, 8 May 2023
Featured Fri, 4 Nov 2022

“Jangan Bertahan Untuk Dilukakan & Disakitkan” – Nasihat Makan Dalam Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli tular mengulas berkenaan hubungan persekitaran di dalam kehidupan seharian @iddinramliiBerangkat dari kedukaan.♬ original sound – fiaa Iddin memberitahu kepada warganet menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di […]

Events Fri, 27 Apr 2018

One Republic Wows 10,000 Fans in Malaysian Concert!

Missed out on the concert? Here’s what went down that night.

error: Content is protected !!