Featured By: Aqilah Paharuzi July 4, 2022 @ 1:03pm

Hajat Paling Terindah, Nelydia Senrose & Suami Tunai Ibadah Haji

Pelakon jelita terkenal, Nelydia Senrose berkongsi berita gembira mengenai dirinya dan suami bakal berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji.

Nelydia menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya memuat naik gambar bersama suami tersayang semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang, Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawaduk, di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah haji,” tulisnya.

Di kesempatan itu, Nelydia turut memohon maaf atas segala kekehilafan dan kesilapan yang pernah dilakukannya kepada sesiapa yang mengenalinya.

“Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya.

“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun tanpa sengaja atau terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami.

“Saya mohan agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur,” ujarnya.

Nelydia turut berkata anugerah Allah SWT yang dikirimkan kepadanya dan suami ini merupakan impian yang tiada tandingannya.

“Segala yang saya hajatkan, semua yang saya impikan, apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah daripada-Nya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan, sehingga ke akhir hayat,” tulisnya.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah rakan-rakan selebriti dan peminatnya yang turut tumpang gembira.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 31 Mar 2018

Hrithik Roshan Rujuk Bekas Isteri?

Pasangan Hrithik dan bekas isterinya, Sussanne sering berhubung demi  menjaga kebahagian anak mereka malah selalu juga bercuti bersama ke luar negara.

Trending Tue, 2 Jun 2020

Tidak Perlu Pakai Pelitup Muka Di Semua Tempat, Bergantung Kepada Situasi- KKM

Kot ye pun nak patuh SOP tengok la situasi dulu..

Featured Mon, 18 Jun 2018

Impak Maksimakan Solekan Bibirmu, Ini 10 Gincu Merah Menggoda Wajib Dimiliki

Gincu merah yang garang sememangnya bisa merubah penampilan wanita serta-merta.

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Sampai Bila Nak Meratap Nasib?

Masa ni saya terlalu down dengan nasib dan kehidupan saya.Takut nak keluar rumah, sebab takut orang tau saya sakit…

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Thu, 5 Mar 2020

Dah Muak Dengan Maklumat Palsu Para Kepoci, Dr. Amalina Buat Website Baru Untuk Anda Semua

Dr. Amalina berdedikasi untuk menyampaikan maklumat sahih kepada semua melalui website terbaharunya.

Hiburan Thu, 20 Jul 2023
Trending Mon, 2 Mar 2020

COVID-19: Jururawat Pelatih Jadi Mangsa Terbaharu Di Malaysia!

Mangsa Covid-19 yang ke 29 di Malaysia!