Pelakon dan pelawak, Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 89, dimaklumkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.11 petang di Hospital Tun Ampuan Rahimah.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuatt naik di laman Instagram portal hiburan popular, Melodi sebentar tadi.

 

Sebelum ini, Pak Hamid berada dalam keadaan uzur dan fizikalnya yang semakin kurus selepas dijangkiti Covid-19.

Malah, baru-baru ini beliau dilaporkan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)  selepas mengalami batuk berkahak, sejak 9 Jun lalu.

Difahamkan sebelum ini,  beliau tidak menghidap sebarang penyakit termasuklah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Untuk rekod, Pak Hamid dikenali umum dengan gelagat lawaknya dalam adegan bas mini serta lumba sampan dalam longkang menerusi filem ‘Sikit Punya Gila’ lakonannya bersama Dharma Harun dan Allahyarham Ibrahim Pendek pada 1982.

Salma Syahbuddin