Hamil 7 Bulan, Farali Khan Dedah Sudah Berkahwin – “Saya Memang Private Person”

Pelakon Farali Khan mendedahkan dia sudah pun berumah tangga dengan jejaka pilihannya iaitu model yang dikenali dengan nama Qireen pada 1 September tahun lalu.

Farali atau nama sebenarnya, Norfara Ali Dad Khan, berkongsi berita perkahwinannya menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya.

Mengulas tentang perkahwinannya, Farali menyifatkan bahawa dia seorang yang sangat menjaga privasi dan niat berkongsi berita baik tersebut adalah untuk mengelakkan fitnah.

“Saya memang private person. Mungkin ada yang mendoakan tapi mungkin ada juga yang tak suka.

“Saya lebih suka orang kenal saya dengan karier saya. Macam private life, bagi siapa yang tahu dan mendoakan, Alhamdulillah. Kalau tak tahu pun tidak mengapa,” jelasnya ketika ditemui di Malam Gala Filem Tujuh Dua Belas.

Farali yang juga sedang hamil berkongsi bahawa dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kandungannya dan juga tidak mengidam apa-apa yang pelik.

Kandungannya juga sudah mencecah 28 minggu (tujuh bulan) dan dijangka bersalin pada Jun ini.

Izzi Farhana