Hiburan By: SGMS Faida May 24, 2018 @ 10:17am

Hamil Anak Kedua, Lana Nodin Idam Anak Lelaki

Tahniah Lana Nordin dan suami! Pelakon itu mengumumkan berita kehamilannya yang mana usia kandungannya kini mencecah tiga bulan.

Memetik laporan BH Online, Lana mengetahu dirinya hamil sejak bulan pertama namun belum sedia mengumumkannya.

“Saya masih dalam fasa awal trimester… Bimbang kalau jadi apa-apa,” katanya yang mengunci mulut daripada bercerita mengenai kehamilannya di sosial media.

Dalam pada itu, Lana memberitahu keinginannya jika diizinkan Allah, dia mahu mendapatkan anak lelaki.

“Saya harap kali ini dapat anak lelaki… Barulah jadi sepasang. Mana tahu dapat anak berwajah macam suami pula.

“Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya akan melahirkan anak kedua ini pada Disember depan,” katanya.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin berkata, dia dan suami mengamalkan teknik perancangan keluarga bagi mendapatkan zuriat kedua.

“Selepas usia Gia lebih dua tahun, saya dan suami percaya ini adalah masa terbaik untuk dia mendapat adik.

“Malah, Gia seolah memahami keadaan ibunya yang sedang hamil. Bukan saya saja yang dia peluk erat, orang lain pun sama,” katanya.

Berbanding kehamilan pertama, Lana mengakui alahan waktu pagi agak teruk.

“Ketika mengandungkan Gia, alahan waktu pagi tidak ketara. Kali ini, lain macam teruknya. Suami saya juga terpalit sama, mengidam mangga masam setiap hari.

“Lagak suami kali ini seolah dia yang hendak melahirkan anak kami… Dia yang muntah-muntah dan loya teruk,” katanya.

Bercerita mengenai Ramadan, jika tiada komitmen kerja dan urusan perniagaan, Lana lebih selesa berbuka di rumah.

Mengenai persiapan meraikan Aidilfitri pula, Lana mengaku tidak teruja membuat kelengkapan awal.

“Saya fikir konsep beraya kali ini mungkin ‘dua dalam satu’. Sambil beraya, beli barang keperluan anak kedua.

“Ini kerana pada 17 Jun depan, saya sekeluarga akan pulang ke Amerika Syarikat (AS). Jadi, kalau Aidilfitri jatuh pada 15 Jun, dapatlah beraya dua hari di Malaysia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

KONSEP FAIRYTALE DI MAJLIS RESEPSI FATTAH-FAZURA

Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Faz memberitahu beliau dan suami perlu menghormati permintaan keluarga yang mementingkan privasi.

Hiburan Mon, 11 Mar 2019
Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Nik Michael Tak Galakkan Anak Pilih Cef Sebagai Kerjaya Tapi Mesti Pandai Memasak

Siapa ingat dengan ‘chef’ selebriti, Nik Michael Imran? Pernah mengacarakan program Helo Bro…Tolong Masak, Dapur Panas dan memiliki restoran sendiri, PickNick, di Solaris Dutamas, Publika suatu ketika dahulu, kini Nik lebih selesa menumpukan perhatian kepada […]

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Nadia Brian Mohon Maaf Dengan Netizen

Nadia Brian Maaf pada siapa tu?

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Events Tue, 28 Jan 2020

[VIDEO] Ini Hadiah Faizal Tahir Buat Apex Tajudin

Wah! Boleh tahan juga Apex ni!

| Live TV