Featured By: Maya Basir February 22, 2023 @ 1:44pm

Hamil Dengan Alat IUCD, Isteri PU Abu Melalui Proses Keluar Tanpa Bius – “Doktor Jumpa Melekat Kat Daging…”

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu selamat menimang cahaya mata ketiga bersama isteri, Ain Afini pada 9 Februari lalu.

Menerusi perkongsian Ain di Instagram, dia menceritakan detik bagaimana anaknya itu dilahirkan.

Menurutnya, dia terpaksa bersalin lebih awal kerana jantung bayi mula lemah dan alat perancang kehamilan, IUCD (Intra-uterine Contraceptive Device) ada bersama dalam kandungannya.

“Sepatutnya dijangka bersalin 6 Mac 2023 tapi mungkin pengalaman sebelum ini anak-anak lain semua bersalin awal jadi mindset tu dah well prepared akan bersalin awal.

“Saya kena admit sebab jantung bayi slow tapi bukaan baru 2cm. Pagi 9 Februari tu kena induce. Lepas induce dia punya contraction tu start sakit terus setiap 1 hingga 2 minit, dapat ubat tahan sakit baru lah saya boleh bertenang sikit.

“Masuk labour room pukul 12 dan bersalin pukul 3.10 petang! Alhamdulillah everything sangat smooth dan bersalin tenang tanpa jahitan,” katanya.

Namun, dia terpaksa melalui pengalaman ngeri apabila doktor terpaksa mengeluarkan IUCD itu secara semula jadi dan dalam keadaannya sedar selepas bersalin.

“Ingatkan dah selesai semua tapi doktor bagitahu IUCD tak keluar sekali dengan baby atau uri. Another doktor masuk and kena undergo proses lain which is kena ‘korek’ cari mana IUCD tu.

“Sebelah doc ada mesin scan tu, sambil scan sambil cari and dibuat dalam keadaan sedar atau tak bius. Ni pengalaman umi, orang lain umi tak tahu.

“Sakit tak? Masa tu sakit pun macam dah tak terfikir apa sebab dah letih. Lepas 15 minit macam tu doc baru jumpa IUCD melekat kat daging.

“Doc kata kena keluarkan juga sebab kalau tak ada possibility kena jangkitan kuman atau kesan lain. Dah keluar tu kan rasa legaaaa!,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AIN ‘AFINI (@ainafini_)


Pada masa sama, Ain mengakui serik untuk menggunakan alat perancangan yang sama.

“Doktor tanya lepasni nak pakai IUCD lagi tak? Not sure, macam dah serik heheh takut lahhh. Orang lain umi tak tahu macam mana IUCD tu keluar sekali ke tak.

“Pengalaman sungguh lah. Nanti Khadijah (bayinya) dah besar nak kena cerita benda ni,” ujarnya.

Untuk rekod, Ain dan Abu telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, 5, dan Muhammad Aryan Afi, 4 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Jun 2021
Hiburan Sat, 21 Apr 2018

Nak Tahu Comel Ke Tak Anak Sajat, Saksikan Dalam Nur Sajat Rated Xtra Hanya Di Tonton!

Dalam episod kali ini, Sajat sempat menyiapkan anak-anaknya iaitu Syahmi dan Syaza sebelum keluar bekerja. Nampaknya Sajat pun macam mak-mak yang lain juga kan? Siap berlari mengejar anak-anak semata-mata nak suruh pergi mandi. 

Featured Mon, 18 Dec 2023
Trending Thu, 6 Aug 2020
Hiburan Sun, 28 Oct 2018

71岁汪明荃唱跳两小时!罗家英欲来马买房子

「阿姐」汪明荃《辉煌50 汪明荃2018 云顶演唱会》圆满举行!8月刚过71岁生日的阿姐,入行超过50年,在演唱会上劲歌热舞唱足2小时,把几十年的经典再次演绎一满歌迷的瘾。

Selebriti Fri, 6 Oct 2023
Trending Fri, 29 Nov 2019

Wanita Rentung Dijumpai Bawah Jambatan

Selepas di rogol di bakar hingga rentung

Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Cantiknya Foto ‘Maternity Shoot’ Azrinaz Mazhar Hakim!

Selain memuji gaya Azrinaz dalam entri berkenaan, rata-rata turut mendoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan.