Hiburan By: Salma Syahbuddin June 28, 2018 @ 3:12am

Hampir Berputus Asa Soal Jodoh, Zulin Aziz Temui Cinta Baharu

Sejak akhir-akhir ini, nama Zulin Aziz semakin mendapat tempat di dada-dada akhbar apabila beliau lebih terbuka berbicara mengenai pengalaman beliau dirisik oleh seorang jejaka yang dikatkan berjaya mengetuk pintu hati beliau.

Mengakui dirinya sebelum ini  kurang bernasib baik dalam soal cinta dan mencari jodoh, Zulin memberitahu beroleh petunjuk selepas menunaikan solat Tahajud dan berdoa agar dipertemukan jodoh. Malah, sebaik sahaja selesai menunaikan solat tersebut, beliau tidak menyangka jejaka yang dikenalinya sejak setahun yang lalu menghantar mesej dan menyatakan hasrat mahu mengenali dirinya dengan lebih serius.

Sumber : instagram @zulinaziz

“Sedang saya melipat telekung, tiba-tiba saya menerima mesej daripada si dia. Dia suarakan hasrat untuk megenali saya dengan lebih serius. Ini membuka hati saya untuk menerima pelawaan tersebut.” Katanya

Sebelum ini, Zulin pernah juga dikaitkan dengan kontroversi kononnya beliau rapat dengan seorang jejaka yang berasal dari Indonesia dan jejaka tersebut juga bukan calang-calang orangnya kerana mempunyai status ahli politik di republik berkenaan. Adakah, jejaka tersebut adalah orang yang sama berjaya mencuri hati Zulin?

Sumber ; instagram @zulinaziz

Namun bagi pelakon dan pengacara ini, beliau memilih untuk merahsiakan identiti kekasihnya itu kerana kegagalan lalu mengajar beliau untuk jadi lebih matang dalam membuat sebarang keputusan kelak.

“Bukan apa, sebelum ini saya sering dikecewakan malah hampir putus asa memikirkan soal jodoh, jadi saya memilih merahsiakan identiti si dia. Saya harap orang ramai mendoakan yang terbaik buat kami.” Jelasnya

Wah! apapun kepada semua peminat Zulin, kita doakan yang terbaik semoga jodoh dan perancangan beliau dipermudahkan. Lagipun, sekarang ni kelihatannya Zulin semakin cantik dan berseri-seri kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 12 Feb 2023

AJL 37: Meriah! Band Legenda Blues Gang, Exist Antara Penyeri Segmen Interlude Malam Kemuncak AJL

Wowww!!! Blues Gang & Exist lah gaiss 😱 Confirm ramai akan imbau kenangan lalu nanti 🤪

Events Thu, 20 Feb 2020

[VIDEO] Alvin Chong ‘Simpan Rahsia’ Emma Maembong Bakal Berkahwin?

Wah, bagus jugak rupanya Alvin jadi penyimpan rahsia eh!

Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Featured Mon, 16 Jan 2023

Donnie Yen Gembira Pelakon Asia Mula Diiktiraf Di Hollywood – “Ia Melibatkan Bakat Dan Bukan…”

Bakat pelakon Asia pun dah setaraf global! Jangan lupa tengok filem baru Donnie Yen, Sakra

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Fri, 13 Jan 2023

Selepas 6 Tahun, Ameem Abdul Akhirnya ‘Leraikan’ Hubungan Cinta Lama Terbina

Nak lepaskan hubungan yang dah terjalin lama bukan mudah kan?