Hiburan By: SGMS Faida October 14, 2019 @ 4:34pm

Hampir Setahun Jadi Isteri, Priyanka Chopra Masih ‘Terkejut’?

Disember depan, pelakon dan model terkenal, Priyanka Chopra bakal menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya dengan Nick Jonas.

Kata pelakon filem The Sky Is Pink itu kepada E! News, selama hampir setahun menjadi isteri kepada Jonas, banyak hal yang telah dipelajarinya.

“Saya berpuas hati bergelar isteri kepada Nick dan perasaan ini adalah bahagian terbaik dalam sebuah perkahwinan. 

“Ada bahagian yang ‘mengejutkan’ iaitu setiap hari saya bangun dari tidur saya masih rasa seperti bermimpi. ‘Oh, saya mempunyai rumah dan ini adalah rumahnya. Lelaki di sebelah ini adalah ‘rumah’ itu,’ katanya. 

Dalam masa sama, Priyanka berharap mendapat cahaya mata secepat mungkin. 

“Saya sukakan kanak-kanak dan mahu menjadi seorang ibu. Biarpun masih belum tahu bila ia akan terjadi saya yakin saat itu akan tiba satu hari nanti,” katanya. 

Sementara itu, Priyanka juga memaklumkan dia dan suaminya tidak akan berduet dalam projek lagu akan datang.

“Saya tidak berani untuk berduet dengan dia. Ini kerana setiap kali saya menyanyi di dalam kereta, dia akan menatap wajah saya yang membuatkan saya terus terdiam,” kongsinya.

 
 
 
View this post on Instagram

Funniest guy I know. ❤️?

A post shared by Priyanka Chopra Jonas (@priyankachopra) on

Wah…romantik betul Nick, beruntung Priyanka kan? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

“Saya Masih Belum Dapat…” – Azrel Ismail

Apa yang Azrel nak tapi belum dapat ni?

Featured Mon, 4 Oct 2021
Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Featured Wed, 12 Apr 2023

Tolak Tawaran Pendamaian Farid Kamil, Diana Danielle Nekad Berpisah – “Hanya Mahu Perkahwinan Berakhir…”

“Diana bersetuju untuk bercerai selepas Syawal” – Peguam Syarie Akberdin

Featured Tue, 14 Sep 2021

Kerajaan Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Mulai Esok

Kerajaan Selangor bersetuju membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid mulai esok. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi JAIS, majlis itu boleh dilangsungkan setiap

| Live TV

error: Content is protected !!