Cahaya Mata By: Halimey Zamal December 22, 2022 @ 2:33pm

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Perkara tersebut diketahui Fizo apabila dia menghantar anaknya, Wan Maryam untuk pemeriksaan gigi.

Akhirnya, Fizo yang mendapatkan rawatan kerana gigi geraham bongsunya tumbuh senget.

“Pergi check gigi anak, sekali daddy yang kena cabut gigi.

“Patut rasa tak selesa rupanya gigi geraham bongsu tumbuh senget. Dah nak masuk 40 tahun dah Abe Joe weh ada lagi gigi bongsu, kira masih mentahlah tu.

“So sekarang barulah selesa rasa kat belah belakang tu, tak adalah rasa macam ada benda je kat belakang gigi tu kan. Perit weh rasa sakit gigi ni, so sebelum dia buat hal pergilah buat maintenance gigi tu.

“Tayar kereta kalau tak jaga pun boleh terbabas masuk longkang, apatah lagi gigi yang hari-hari kita pakai,” tulis Fizo.

Menjengah di ruangan komen, wargamaya berkongsi pengalaman mereka berdepan masalah sakit gigi dan ada juga yang gembira melihat kebahagiaan rumah tangga Fizo itu.

“Baru je kena dan baru cabut.

“Saya tengah merasa sakitnya gigi geraham bongsu tu, sehingga membengkak.

“Ok lah tu nampak bahagia, jaga rumah tangga baik-baik ya,” komen warganet.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Jun 2019

Kecewa Tiada Tawaran Berlakon, Reza Hasbi Ambil Upah Pasang Siling Rumah

Alhamdulillah…ada rezeki lain buat Reza & keluarga. Jangan putus asa kerana rezeki akan ada jika kita tidak berputus-asa!

Featured Wed, 15 Jun 2022

“Ada Yang Lagi Ketat Daripada SOP” – Netizen Kritik Pakaian Renang, Minta Nabila Razali Delete Hantaran

Min tengok okay ja baju renang tu, kalau kena air mesti la melekap dekat badan kan? Cuba fikir logik 🤔

Trending Thu, 19 Aug 2021
Hiburan Tue, 23 Jan 2018

JONGHYUN IS ‘SHININ’ IN POSTHUMOUS ALBUM ‘POET | ARTIST’

The last album by SHINee’s Jonghyun has been revealed and ‘Shinin’ MV is out today! Click in to view more info!

Eat Travel Mon, 23 Mar 2020
Trending Tue, 12 Jan 2021

Anugerah Juara Lagu 35 Ditangguh

Agak-agak AJL 35 ditangguh sampai bila?

Hiburan Fri, 14 Jun 2019
Featured Tue, 24 May 2022
Events Mon, 15 May 2023