“Hanya Allah Yang Tahu Sakitnya…” – Hidap Tumor, Aaron Aziz Terpaksa Tangguh Pembedahan Gara-Gara…

Siapa sangka pelakon popular tanah air, Datuk Aaron Aziz kini terpalit dengan masalah kesihatan yang melibatkan ketumbuhan dibahagian saraf nya atau dikenali sebagai Cervicalspondylosis schwannoma.

Perkara itu dikongsi Aaron menerusi muat naik di laman instagram miliknya beberapa hari yang lalu.

 

Menurutnya, pembedahan tersebut sepatutnya dijalankan dan beliau perlu mengambil cuti sakit selama dua bulan bagaimanapun, keadaan tidak mengizinkan apabila dia terikat dengan beberapa projek yang sedang berlangsung.

“Selepas 90 minit berada dalam benda ini, MRI (pengimejan resonans magnet), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan.

“Tapi tak boleh (bedah) sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ini. Jadi buat masa ini saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit,” katanya.

Malah, tambah anak kelahiran Singapura ini lagi, beliau hanya menelan ubat tahan sakit untuk bertahan dan meneruskan kerja.

“Working in Pain, Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya rasa.

“Korang tengok abang senyum sana, ketawa sini but, korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan. Doktor kata, tumor tu semakin membesar,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar pelakon yang popular menerusi drama rantaian, Suamiku Lelaki Pendosa yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di TV3 ini kembali sihat seperti sediakala.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Jayakan Watak G*y Bila Tahu Aaron Aziz Jadi Pasangan” – Berlakon Karakter Jejaka Songsang, Gambit Saifullah Janggal Pegang Tangan Lelaki

ARTIKEL BERKAITAN:“Sisi Gelap Sebelum Kahwin… Jalin Hubungan Dengan Gambit Saifullah” – Ini Reaksi Isteri Bila Aaron Aziz Bawa Watak Lelaki Songsang

ARTIKEL BERKAITAN:“Abang Tak Bersalah” – Jadi Alasan Suami Isteri Bercerai, Aaron Aziz Luah Rasa Sedih

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Anggap Sebagai Trend, Aaron Aziz Positif Dengan Penghijrahan Ramai Rakan Pelakon Mendalami Agama

Salma Syahbuddin