Featured By: Fatin Nurain August 24, 2022 @ 11:40am

Hanya Ingin Kekal Dalam Industri, Isyariana Tak Kejar Populariti

Biarpun jarang membuat penampilan di kaca televisyen, pelakon dan penyanyi Isyariana lebih cenderung memikirkan cara untuk terus kekal dalam industri hiburan berbanding mengejar populariti.

Menurut Isya, dia bersyukur sering mendapat tawaran sebagai watak utama menerusi drama lakonannya dan tiada masalah juga sekiranya ditawarkan untuk menjadi watak sampingan.

“Saya sekarang bersyukur sebab dapat banyak tawaran menjadi watak utama berbanding dahulu, Tapi saya sebenarnya okay je kalau dapat watak supporting. Tak ada masalah,” katanya.

Selain itu, Isya juga menyatakan dirinya kini cuba membahagikan masa untuk kedua karier lakonan dan nyanyian secara sama rata demi terus kekal berada dalam industri.

“Sekarang ni saya dah bahagi sama rata, saya ada buat menyanyi dan berlakon juga. So, sekarang dalam sebulan lebih ni saya sibuk dengan private show.

“So, tawaran drama tak ada lagi. Saya tunggu offer mana terbaik tengok naskah dia macam mana baru saya okay untuk teruskan.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Isya ketika di sidang media secara maya untuk mempromosikan drama Biarkan Ia Pergi yang sedang bersiaran di TV3, Slot Samarinda.

Dalam pada itu, Isya juga menyatakan minatnya lebih cenderung kepada bidang lakonan, namun kini dia lebih banyak menerima tawaran bernyanyi dan sedang menunggu tawaran yang akan datang.

“Walaupun saya menyanyi daripada kecil, Isya masuk program realiti menyanyi tapi jiwa saya lebih minat kepada berlakon.

“Cuma sekarang Alhamdulillah, rezeki untuk buat show macam dulu-dulu tu datang sekarang ni. So, saya ambil peluang ni sementara saya tunggu naskah yang terbaik untuk saya. Ada naskah yang saya tengah review lagi.

“Insya-Allah untuk next month saya shooting. Tapi saya bersyukurlah sebab rezeki tu datang satu persatu,” katanya kepada XTRA.

Malah, Isya juga turut menyatakan dia tidak pernah kecewa apabila namanya tidak melonjak naik seperti pelakon-pelakon baharu, biarpun sudah lama berada di dalam industri.

Pelakon yang memegang watak sebagai Alisa menerusi drama Biarkan Ia Pergi itu lebih berharap untuk kekal berada dalam industri hiburan tanah air dan sentiasa mendapat tawaran.

“Saya masuk industri 2014, tapi start dengan nyanyi dan slow-slow berlakon. Kecewa tu tak sebab bagi saya, saya masuk kerja ni sama macam cara rezeki dekat luar.

“Saya tak harap nama saya terus melonjak naik, tapi sustain tu je yang saya selalu doa untuk terus kekal dalam industri, buat apa yang saya suka, sentiasa dapat tawaran, boleh bekerka sampai tua. Itu yang saya harapkan,” katanya.

Isya juga menyifatkan populariti itu akan datang biarpun mengambil masa yang lama serta ingin terus memperbaiki kualiti kerjanya dalam bidang nyanyian dan lakonan.

“Jadi, populariti ni bagi saya dia akan datang bila dia nak datang tak kesah berapa lama dia ambil. Kadang-kadang ada je yang dah tua baru dia meletup.

“Jadi meletup tu bukan sesuatu yang saya harapkan tetapi terus kekal bekerja dan sentiasa perbaiki saya punya kualiti bekerja sebab saya nak jadi pelakon dan penyanyi yang berkualiti.

Jangan lupa saksikan drama Biarkan Ia Pergi lakonan Amar Baharin dan Isyariana menerusi Slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

ARTIKEL BERKAITAN: 13 Tahun Dalam Industri, Amar Baharin Titip Pesan Buat Pelakon Baharu – “Kalau Attitude Out…”

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin Tak Tumpang Tuah Amyra Rosli – “Saya Tetap Suami Yang Kena Bagi Nafkah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 12 Sep 2023
Trending Thu, 9 Jul 2020
Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Trending Mon, 2 Mar 2020

[VIRAL] Tak Pernah Lagi Orang Tengok Anak Kena Denda Disuruh Gelek!

Ibu muatnaik video anak disuruh gelek menjadi tular di laman media sosial sebab cuteness overload.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Eat Travel Mon, 15 Oct 2018

28 Foto Yang Menunjukkan Perbezaan Di Antara Makanan Biasa & Makanan Hipster

Kreatif betul orang yang mereka cipta hidangan-hidangan ini!

FESYEN Mon, 9 Apr 2018

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Wanita lebih suka kasut sukan sekarang, ya lah…senang nak ke sana sini!