Hiburan By: Del14 December 19, 2019 @ 10:29am

Hanya Mampu Berdoa, Saharul Ridzwan Harap…

Perwatakan isterinya, Deena Emir yang sangat berbeza ketika hamil anak kedua mereka kali ini menimbulkan rasa simpati pelakon Saharul Ridzwan kerana menurutnya Deena kelihatan amat letih berbanding waktu hamil cahaya mata pertama mereka, Muhammad Luth Ali. 

Perkara ini dikongsikan oleh pelakon Jangan Benci Cintaku itu di dalam kemas kini Instagram miliknya.

“Dua tiga hari ni, saya selalu tenung muka dia waktu dia tidur. Nampak kepenatan dia masa mengandung kali ni. Berbeza waktu mengandungkan Ali dulu.

“Kali ni dia malas nak bersiap, nak ambik gambar pun tak ada mood, update IG sendiri pun dah lupa kot. 

“Asyik terbaring je sebab penat sangat, dah lepas1st trimester pertama ni pun still muntah-muntah lagi. Terima kasih sayang,” tulis Saharul. 

 
 
 
View this post on Instagram

Dua tiga hari ni, selalu sy tenung muka dia waktu dia tidur. Nampak kepenatan dia time mengandung kali ni. Berbeza waktu mengandungkan Ali dulu . Kali ni dia malas nak bersiap, nak ambik gambar pun tak ada mood, update ig sendiri pun dah lupa kot. asyik terbaring je sebab penat sgt, dah lepas 1st trimester ni pun still muntah2 lagi. Terima kasih sayang❤️ . Besarnya pengorbanan awak sebagai isteri dan jugak ibu. Kalau boleh sy hadiahkan apa2 utk pengorbanan awak ni, sy akan usahakan, tapi awak tak ada mintak apa2 pulak . Ya Allah, kurangkanlah keletihan isteriku. Berikanlah dia kekuatan mengharungi membawa “nyawa” baru dalam hidup kami sekeluarga. Ampunkanlah segala dosa2nya, limpahkanlah rahmatmu kepadanya dan jadikanlah aku sebaik2 suami kepadanya. Amin Ya Rabb . Thank you sayang ❤️ @deenaemir

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

 

Menyedari pengorbanan yang dilakukan oleh Deena demi membawa ‘nyawa’ baru dalam keluarga kecil mereka, Saharul mendoakan supaya Allah SWT memberikan kekuatan kepada isterinya untuk mengharungi kehamilannya itu sehingga tiba waktu bersalin. 

“Besarnya pengorbanan awak sebagai isteri dan ibu. Kalau boleh saya hadiahkan apa-apa untuk pengorbanan awak ni, saya akan usahakan, tapi awak tak ada minta apa-apa pulak. 

“Ya Allah, kurangkanlah keletihan isteriku.  Berikanlah dia kekuatan mengharungi membawa ‘nyawa’ baru dalam hidup kami sekeluarga. 

“Ampunkan lah segala dosa-dosanya, limpahkanlah rahmatmu kepadanya dan jadikanlah aku sebaik-baik suami kepadanya. Amin Ya Rabb.  Terima kasih sayang @deenaemir,” tulisnya lagi. 

Untuk rekod, pasangan romantis ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun bernama Muhammad Luth Ali. 

Baca: Lepas Tomok, Saharul Pula…?

Kredit Foto: Instagram @saharulridzwan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 2 Aug 2018

Isu Barang Tiruan, Neelofa Tak Sependapat Dengan Aliff Syukri?

Nampaknya Neelofa bersetuju dengan kewujudan akaun Instagram @streetwearbustamy. Barulah orang segan nak pakai barang tiruan… Tepuk dada tanya selera ok?

Featured Thu, 12 Jan 2023

“Saya Akan Tunggu Restu Mama & Ayah, Tak Mudah Lihat Tangisan Di Kaca TV” – Syamsul Yusof

Ia tak mudah, tapi saya akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati ayah dan mama – SY. Semoga dipermudah segalanya 🥲

Hiburan Sun, 17 Dec 2023

“Bercakap Tak Guna Otak!” – Selar Bangsa Melayu Dengan Sifat Keji, Netizen Kecam Zul Yahya

Alamak! Rata-rata netizen tak bersetuju dengan kenyataan abang Zul Yahya 🫣😱

Featured Fri, 14 Apr 2023

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Siapa je yang tak marah kalau kena tuduh bukan-bukan kan😡😡😡

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Rahsiakan Perkahwinan, Bienda Mohon Maaf

Takkanlah saya nak beritahu kami ‘nikah gantung’ sebab nak simpan duit. Mesti akan timbul pelbagai prasangka buruk hanya kerana saya artis…

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

祖雄变身职业拳击手!为电影每天狂操8小时增肌减脂

Hero祖雄为了新电影《震撼擂台》拳击手角色,每天8小时的严格训练,希望能在荧幕上呈现给观众完美的肌肉线条。