Happikiddo Anjur ‘Baby Shower’ Untuk Hanis Zalikha

Sejak mengumumkan berita kehamilan pada awal tahun lalu, pengacara jelita Hanis Zalikha terus mendapat tumpuan lensa dan pengikutnya.

Hanis yang dijangka bersalin pada Mei ini telah diraikan dalam sebuah majlis baby shower yang diadakan di sebuah hotel mewah di ibu kota.

Lebih istimewa, suaminya Hairul Azreen dan anak sulung, Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun turut hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

Majlis istimewa ini telah dianjurkan oleh HappiKiddo yang mana Hanis telah dilantik menjadi duta rasmi mereka.

Terdahulu, pasangan ini mahu merahsiakan jantina anak dan jantina anak akan diberitahu selepas Hanis bersalin kelak. 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan anak sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

SGMS Faida