Hiburan By: SGMS Faida July 5, 2018 @ 7:48am

Haqiem, Isu Murung Jangan Dibuat Main!

Isu murung tak boleh dibuat main! Itu pendapat penyanyi Aiman Tino terhadap rakan artis seangkatannya, Haqiem Rusli.

Penyanyi terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci ini menganggap isu kemurungan adalah satu hal yang serius dan tidak boleh dibuat main.

“ Kalau betul Haqiem alami masalah kemurungan, dia perlu mendapatkan pertolongan pakar selain nasihat daripada kedua ibu-bapanya,” katanya.

Aiman akui bukan mudah bergelar artis di zaman sekarang. Ya lah, zaman berteknologi ini, segalanya di hujung jari kan?

“ Isu itu terlalu serius. Walaupun dia cakap apa dilakukannya itu sekadar gimik tapi sudah tentu peminatnya akan berasa sedih.

“ Kalau betul dia ada masalah, dapatkan nasihat daripada ibu-bapa atau pertolongan daripada pihak yang betul,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam masa sama, Aiman mengaku dia juga pernah tertekan dengan komen negatif peminat namun menganggap perkara itu remeh.

“ Tak perlu fikir. Sampai hari ini pun saya masih terima kritikan.

“Memang pada mula saya ceburi bidang seni dan mendapat pelbagai kritikan dan kecaman, saya rasa tertekan. Sampaikan hari ini saya masih terima komen-komen negatif. Lihatlah daripada sudut positif sahaja dan yang negatif itu kita tak perlu fikir,” ujarnya. 

Terdahulu, penyanyi Haqiem Rusli memaklumkan dia berdepan masalah kemurungan sehingga memaksa dia untuk meninggalkan dunia seni namun keputusannya itu berubah selepas menerima sokongan ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Pengecasan Pantas iPhone Tidak Akan Dijual Secara Berasingan Tahun Ini

Pengecasan pantas menjadi satu kekurangan yang terdapat pada peranti iPhone. Pengguna iPhone terpaksa menggunakan alat pengecas MacBook bagi menikmati fungsi itu. Maka ia akan menjadi satu masalah kepada pengguna iPhone yang tidak memiliki MacBook. Berita mengenai alat

Hiburan Tue, 26 Mar 2019
Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Jangan Buat Fitnah, Zain Dan Che Ta Okay Je!

Haaa… dengar tu netizen jangan main tuduh-tuduh tau, tak baik!

OMG Sun, 12 Jun 2022

“Melampau Sangat Ni” – Menari Aksi Twerk, Sabronzo Dolla Dikritik Netizen

Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo menerima kecaman netizen selepas melakukan aksi tarian yang dianggap tidak bersesuaian. Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh Sabronzo atau nama sebenar Sabrina Rusli, 27, wanita itu menari tarian ‘twerk’. @sabronzooooparty

Hiburan Thu, 9 Jun 2022

Lewis Hamilton Bakal Berlakon Bersama Brad Pitt Bawah Filem Arahan Pengarah Top Gun: Maverick

Belum ada tajuk filem, Lewis Hamilton bakal berlakon bersama Brad Pitt.

LIFESTYLE Wed, 3 Oct 2018

Benarkah Air Beras Ada Manfaatnya?

Untuk mendapatkan manfaat air beras yang ditanak, pastikan untuk menggunakan beras organik yang bebas pemutih dan pewangi.

Featured Sun, 22 Aug 2021

“Saman Artis Membazir, Ni Bukan Zaman Sekolah Nak Gaduh”- Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan pandangannya berikutan isu melibatkan kes saman antara selebriti yang kini hangat diperkatakan di media sosial. Menerusi laman Instagramnya, Shila berkongsi pandangannya dengan mengatakan perkara tersebut hanya membuang waktu dan wang ringgit.

| Live TV