Hiburan By: SGMS Faida July 12, 2018 @ 3:56am

Haqiem Rusli Makin Tenang Selepas Buang Tabiat Lama

Gara-gara suka melayari laman sosial, penyanyi Haqiem Rusli akui dirinya tertekan.

Jika dulu, dia gemar membuat carian namanya sendiri di aplikasi Twitter dan membaca komen-komen negatif pengguna laman tersebut.

” Salah saya. Kalau dulu saya suka cari nama sendiri di Twitter dan baca komen orang tentang saya. Dalam masa sama, saya ambil serius.

” Bagaimanapun saya tidak akan memadam laman sosial dan akan terus berkongsi maklumat dan perkembangan terkini saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Haqiem mendedahkan dia kini lebih tenang berdepan kritikan netizen.

“ Saya tak mahu lagi fikir situasi lepas dan dalam usaha menjadi individu yang lebih baik.

” Saya kini lebih tenang.

“Buat masa ini saya kurangkan aktiviti pentas dan banyak menghadiri program bual bicara mengenai isu depresi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Solidariti Untuk Penyakit Mental anjuran Miasa.

Dalam masa sama, Haqiem bersyukur dikelilingi peminat dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong.

“ Terima kasih juga kepada Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa) yang sudi memberi bantuan dan sokongan emosi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Featured Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

“Tidak Mahu Manjakan Bakal Anak Dengan Kemewahan” – Elvina

Elvina mahu anaknya itu hidup dengan penuh kesederhanaan sama seperti orang lain.

Hiburan Sun, 26 Nov 2023
Selebriti Thu, 27 Jul 2023