Hiburan By: SGMS Enal July 23, 2019 @ 2:00pm

Harap Magis Hi Hi Bye Bye

Penyanyi Ezlynn akur, tidak mudah menduga kehendak pendengar muzik semasa, namun kesukaran itu tidak mengekang semangatnya untuk kembali bersama single baharu.

Ezlynn yang kembali mempertaruhkan single terbaru, Goyang berharap, usaha itu dapat mengulangi magis yang pernah diciptanya ketika muncul bersama lagu Hi Hi Bye Bye pada 2003.

“Perjalanan dan rezeki setiap penyanyi tidak sama, ada yang cepat, malah ada yang terpaksa menanti lama. Sesetengah penyanyi terpaksa menghasilkan beberapa single sebelum nama dikenali.

“Saya pula agak bertuah kerana pertaruhan pertama mendapat sambutan memberangsangkan. Bukan mudah mendapatkan semula momentum itu kerana sebagai penyanyi, kita tidak dapat mengagak sambutan yang diberikan pendengar terhadap sesuatu lagu.

“Malah, hendak mengenal pasti kehendak pasaran atau aliran terkini juga sukar. Hakikat itu bagaimanapun, tidak melemahkan semangat saya untuk teruskan kerjaya nyanyian. Mungkin kali ini kurang menerima sambutan, tetapi siapa tahu rezeki pada masa akan datang,” katanya.

Ezlynn atau nama lengkapnya Azline Ariffin, 37, berkata dia turut membentuk imej baharu sempena kemunculan single terbarunya dengan mengenakan rambut palsu yang menggambarkan personalitinya yang lincah dan ceria.

“Setakat ini, saya sudah mengumpul 60 koleksi rambut pelbagai warna dan potongan untuk digayakan ketika membuat persembahan.

“Saya rasa selesa sangat menggayakan rambut palsu kerana tidak menyakitkan kulit kepala dan boleh dipakai dalam tempoh agak lama.

“Saya menjadikan gaya bintang antarabangsa, Nikki Minaj sumber rujukan utama apabila bergaya. Lagipun, imej itu sesuai dengan Goyang yang membawa konsep muzik Fun Ska,” katanya mengenai lagu yang mendapat sentuhan pasangan suami isteri, Farique Nadzir dan Adah Kahir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

‘Please…Not Now’ – Ezlynn

Ezlynn nak ‘rehat’?

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Bahagia Bergelar Isteri, Raja Ilya Sarankan Peminat Kahwin Bila…

Haaa dengar tu, bagi si bujang, berkahwinlah bila…

Featured Tue, 25 Jan 2022
Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Sebab Filem Hide & Seek, Miller Khan Mula Percaya Kewujudan Hantu?

Filem yang ditayang pada 2017 di Indonesia bakal menemui peminat Malaysia bermula 28 Februari ini. Jom ke pawagam berhampiran!

Events Sat, 13 Aug 2022

Ahmad Tarmimi Siregar Masih ‘Berbisa’… Bawa Watak Utama Dalam Filem Indonesia ‘Perjalanan Pertama’

Besarnya pengorbanan Gaek Tan untuk Yahya. Min sedih betullll☹☹☹

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ayda Jebat Kongkong Siapa ?

Ayda Jebat dikatakan mengongkong di atas dasar cemburu betul ke?

| Live TV

error: Content is protected !!