Featured By: Fatin Nurain February 16, 2023 @ 10:48am

Hari Pertama Jadi Penyampai Radio, Netizen Beri Feedback Positif Buat KJ – “Politician DJ Rare Beb!”

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerima maklum balas yang positif daripada pendengar selepas selesai menjalankan tugasnya sebagai penyampai radio Hot Fm menerusi segmen Bekpes Hot, semalam.

Pertama kali mengendalikan segmen tersebut bersama Johan dan AG, Khairy atau lebih mesra disapa KJ sekali gus berjaya menambat hati pendengar.

Terdahulu, KJ memaklumkan penglibatannya di platform radio itu untuk mengetengahkan isu-isu semasa dan politik secara mudah difahami.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

ARTIKEL BERKAITAN: Mula Bertugas Sebagai Penyampai Radio, KJ Bakal Kupas Isu Semasa & Politik Cara Mudah Difahami

@xtra_my Wah, kini segmen Bekpes Hot lebih menarik dengan kehadiran KJ 😍 So, okay tak KJ jadi DJ hari ni? 🤩 #fyp #xtramy #kj #khairyjamaluddin #dj #hotfm #bekpeshot #viral #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Biarpun beliau tidak akan ke udara setiap hari, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja mereka terhadap penglibatan bekas menteri itu di Hot Fm menerusi ruangan komen TikTok XTRA.

Dalam pada itu, Hot FM juga telah meraih sebanyak 5.78 juta jumlah engagement di media sosial selepas penglibatan KJ, semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Terdahulu, KJ mengesahkan bakal menyertai Hot FM dalam temubual panggilan telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal, pada 9 Februari lalu.

Tawaran Hot FM kepada KJ dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, antara jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Media Prima Audio (MPA) berkata, selaras dengan ‘tagline’ stesen radio Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’, kehadiran KJ bersama tonggak utama Bekpes Hot pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM dan warna lebih menarik untuk segmen terbabit.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hotfm.audio dan dengarkan Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana, AG dan KJ, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Jul 2019

17 Maut, Pesawat Tentera Pakistan Terhempas

Pesawat Dilaporkan Terhempas Di Kawasan Perumahan

Featured Mon, 15 Mar 2021

“Saya Kena Usaha Lebih..” – Menang Tempat Ke-3 AJL35, Wany Hasrita Dedah Persiapan Berduet Dengan Jamal Abdillah

Meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) malam tadi, penyanyi Wany Hasrita mengakui dia harus berusaha lebih untuk setanding dengan rakan duetnya, Datuk Jamal Abdillah. Menerusi lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Cukuplah 7 Tahun, Ego PADI Kini Berakhir…

Akui mereka lagi, kemunculan semula Padi Reborn kini lebih matang dan mereka lebih mengenali antara satu sama lain…Terbaiklah Padi Reborn!

Events Tue, 12 Feb 2019

Learning New Skills With Your Loved One Will Be Sure to Strengthen Bond

Here are a few workshops you can join with your partner.

Trending Wed, 19 Feb 2020
Featured Wed, 6 Apr 2022

Pengurus Tangmo Nida, Gatick Mengaku Beri Keterangan Palsu

Tapi memang ramai yang mendakwa Gatick ni dalang disebalik kejadian

| Live TV