Hiburan By: Padin June 26, 2024 @ 1:12pm

“Jika Ada Orang Kata Watak Saya Biasa-Biasa Saja, Saya Okay” – Kerjaya Lakonan Baru Bermula, Hasif Upin Mahu Asah Bakat

Membintangi filem Paku Tanah Jawa yang merupakan kolaborasi dua negara Indonesia dan Malaysia, penyanyi Hasif Upin diberi peluang untuk muncul sebagai penampilan istimewa.

Namun begitu, ada komen yang menganggap watak yang dibawakan oleh Hasif adalah kecil dan tidak memberikan kesan kepada penonton.

Tidak melatah menjawab persoalan terbabit, penyanyi lagu Waktu itu berlapang dada dan terbuka dengan sebarang komen.

“Jika ada orang kata watak saya biasa-biasa saja, saya okay sebab saya tahu tak semua orang dapat peluang begitu. Saya bersyukur kerana diberi peluang.

“Ini merupakan kali pertama saya berlakon dan diberi peluang membintangi filem usaha sama ini. Ini juga pertama kali bergandingan dengan MK K-Clique dan pelakon hebat Indonesia yang lain. Segala peluang yang datang akan saya gunakan dengan sehabis baik,” katanya.

Filem Paku Tanah Jawa terbitan Armani Entertainment Group arahan Bambang Drias dan Datuk KK Chua ini, Hasif dan MK ditampilkan sebagai penampilan istimewa.

Mahu mengembangkan bakat seni di Malaysia dan negara jiran, Hasif mahu mencuba bidang lakonan.

“Saya sebenarnya nak kembangkan bakat di Indonesia. Ini adalah permulaan untuk saya mencuba nasib di sana. Sebelum ini, memang saya minat bidang lakonan tetapi rezeki saya lebih terarah kepada bidang nyanyian.

“Saya menggunakan segala peluang yang ada untuk mengembangkan bakat seni. Jadi, peluang berlakon saya anggap sebagai satu landasan terbaik untuk orang lihat bakat saya,” katanya lagi.

Paku Tanah Jawa dibintangi barisan pelakon popular seperti Masayu Anastasia, Gisellma Firmansyah, MK K-Clique, Hasif Upin dan Wafda Saifan Lubis.

Ia membabitkan gandingan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 27 Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2024

“Ibu Akan Tepuk Bahu Dan Kata…” – Wany Hasrita Akui Sukar Urus Anak Sendirian

Semoga dipermudahkan urusan Wany membesarkan anak ❤️

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Fri, 1 Feb 2019

“Saya Suka Lelaki Unik’- Zee Avi Buka Mulut Soal Jodoh

Jangan salah faham, saya okay kalau dia bukan orang seni. Yang penting, dia terima kerjaya sebagai komposer dan sering menghabiskan masa di dalam studio.

Featured Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

’Naik Hantu’ Atas Pentas BBB2019, Izzue Islam Buka Mulut!

Korang tengok tak babak di mana Izzue tiba-tiba turun stage sebab tak puas hati dilempar telur. Mengamuk betul-betul atau…?

Featured Thu, 25 Aug 2022