Featured By: Maya Basir April 14, 2023 @ 5:56pm

Hati Naufal Azrin Sudah Dimiliki, Teman Wanita Akui Cemburu Lihat Peminat Cuba Dekatinya

Penyanyi Naufal Azrin mengaku sudah memiliki kekasih namun tidak selesa berkongsi wajah wanita tersebut di media sosial.

Memetik laporan mStar, dia tidak menafikan sedang bercinta tetapi tetap mahu menjaga soal kisah peribadinya.

“Saya sebenarnya tidak suka orang tahu pasal saya dan juga orang terdekat. Banyak hati yang perlu dijaga dan sebab itu saya lebih pentingkan privasi.

“Namun jika ada ternampak kami jalan bersama, saya tidak akan sorok. Kalau dah terjumpa kami bersama saya akan mengaku sahaja kami kekasih,” katanya.

Sementara itu, Naufal akui teman wanitanya seorang yang cemburu apabila ramai peminat cuba untuk mendekatinya.

Namun begitu, wanita itu tidak ada masalah jika Naufal berduet dengan mana-mana penyanyi wanita kerana faham ia merupakan satu tuntutan kerja.

“Dia tidak ada masalah pun kalau saya berduet atau membuat persembahan dengan penyanyi wanita. Itu tuntutan kerja dan dia sangat memahami.

“Bagaimanapun kalau ada peminat yang nak rapat, mestilah dia cemburu. Jadi saya akan cuba cari jalan untuk jernihkan keadaan.

“Saya sentiasa yakinkan dia bahawa saya mampu melakukan yang terbaik untuk hubungan kami,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 4 Jul 2022

Persembahan Penuh Bertenaga & Gamit Memori, Konsert Sulung Ruffedge Di DFP Mempesonakan Peminat

Fuh, memang meriah habis konsert Ruffedge! Bila Rindu dengan Ruffedge sampai Lemas penonton dibuatnya sebab mana ada kumpulan Seperti Mereka 😍🔥

Featured Mon, 5 Dec 2022

“Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Lelaki Macam Laki Hang!”- Eyra Hazali Berang, Nasihat Netizen Jangan ‘Influence’ Masyarakat Soal Perkahwinan

Betul tu! Kadang ada yang berfikir-fikir nak kahwin sebab takut dengar cerita org yang dah kahwin. eh!

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Fuh…Masih Hot Walaupun Hamil Di Usia 54!

Menerusi gambar yang berjaya dirakam, bahagian perut Brigitte kelihatan besar daripada biasa walaupun aktres itu cuba menyembunyikan perutnya.

Featured Wed, 14 Dec 2022

Suami Kantoi Curang Tapi Stay Sebab Anak, Ini Respons Padu Hazeman Huzir

Min setuju! Thanks Haze untuk peringatan kita bersama

Featured Wed, 20 Apr 2022
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Siti Nurhaliza, Hijjaz Gabung Pentas Di Karnival Mahabbah 1.0

Acara ini akan diadakan pada 24 April bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh selaku penaja. Pembelian meja dibahagi kepada tiga kategori iaitu Platinum RM5000 (berdekatan pentas utama), Gold RM3000 (tengah dewan), Silver RM2000 (belakang). 

Hiburan Thu, 3 Oct 2019
Featured Fri, 21 Oct 2022

[VIDEO] Personaliti Raih Pujian Ramai, Peminat Terharu Fazura Tak Kekok Layan Pesakit Kanser – “Boleh Jadi Menteri Kebajikan”

Siapa potong bawang ni? Mata min berair pula tengok Fazura layan pesakit kanser 🥺🥺 #lotsoflove