Hawa Rizwana Dikritik Lagi! Aksi High Five Dengan Lelaki, Netizen Dakwa Tak Jaga Batas

Walaupun sudah beberapa hari berlalu namun nama pengacara Hawa Rizwana masih menjadi bualan hangat warganet susulan aksi mesranya bersama personaliti media sosial, Sid Murshid baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, kedua-dua selebriti ini kelihatan memasak bersama-sama, namun aksi mesra keduanya walaupun sekadar melakukan ā€˜high fiveā€™ mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat.

Malah, terdapat segelintir mereka yang kecewa apabila Hawa dilihat tidak menjaga adab sesuai imej muslimah yang dibawanya.

Ā 

Sebelum ini, pemilik nama Hawa Rizwana Mohd Redzuan, 27, pernah dikritik apabila tampil dengan pakaian ketat berwarna merah jambu beserta gaya tudung yang menampakkan telinga dan lehernya pada sebuah program hiburan popular.

Bagaimanapun, Hawa memaklumkan, dia masih dalam proses belajar dan menyesuaikan diri dalam industri terutamanya dari segi penampilan.

ARTIKEL BERKAITAN:Padam Gambar Pakai Baju Ketat, Hawa Rizwana Mengaku Masih ā€˜Belajarā€™

ARTIKEL BERKAITAN:Nampak Leher Dan Telinga, Fesyen Hawa Rizwana Dikritik Netizen ā€“ ā€œMakin Lama Macam Tak Kena Gayaā€

ARTIKEL BERKAITAN: Outfit Sukan Dikritik Terlalu Ketat, Ruangan Komen Hawa Rizwana Dibanjiri ā€˜Tarbiahā€™ Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:Dihentam Teruk Gara-Gara Berseluar Ketat, Hawa Rizwana Tampil Mohon Maaf ā€“ ā€œSaya Tiada Niat Sakitkan Hati Orangā€

Salma Syahbuddin