Categories: HiburanSelebriti

Hawa Rizwana Kongsi Momen Buat Aktiviti ‘Extreme’ Di Sabah, Marsha Milan Beri Pujian – “Dah Pass Ujian Jadi Sumandak”

Pengacara Hawa Rizwana Redzuan tampil berkongsi momen dirinya melakukan aktiviti lasak di Sabah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hawa telah memuat naik videonya sedang mendaki Gunung Kinabalu dan Kota Belud.

Dalam perkongsian tersebut, Hawa turut meluahkan rasa terujanya dapat mengharungi sukan lasak itu selama lapan jam.

“What a journey. Via Ferrata & Kota Belud. 8 hours 🤣 thank you gang for your support and patience,” tulisnya.

Tertarik dengan perkongsian tersebut, penyanyi Marsha Milan tampil memuji kehebatan pengacara itu melakukan aktiviti ‘extreme’ di sana.

“Okay you dah pass the test jadi sumandak Sabah,” komennya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa kagum dengan ketahanan dan kehebatan Hawa ketika melakukan aktivit tersebut.

Fatin Nurain