“Hebat & Menakjubkan!” – Khairul Aming Kongsi Kutipan Jualan Sambal Nyet Cecah RM21.5 Juta Dalam Masa 2 Tahun

Kejayaan pempengaruh media sosial, Khairul Aming menerusi penjualan Sambal Nyet keluarannya sudah tidak dapat disangkal lagi apabila dia berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagramnya pada Rabu.

Aming berkata, hari ini genap dua tahun dia menjual Sambal Nyet Berapi dan sehingga kini, jumlah keseluruhan  jualan mencecah sebanyak RM 7.5 juta dan meningkat sehingga RM14 juta.

Dan sepanjang penjualan sambal itu berlangsung selama dua tahun, sebanyak RM21.5 juta berjaya diraih.

“Hari ni genap dua tahun kita menjual Sambal Nyet Berapi dan saya gembira nak kongsi dengan anda yang jumlah keseluruhan jualan kita telah mencecah sebanyak RM21.5 juta bersamaan dengan jualan sebanyak 1.5 juta botol sambal.

“Pada tahun pertama, jualan kita adalah sebanyak RM7.5 juta dan tahun kedua meningkat ke RM14 juta, jadi jumlah keseluruhan dua tahun adalah sebanyak RM21.5 juta,” kongsinya.

Sementara itu, Aming memaklumkan, produk makanan keluarannya itu turut mendapat pengiktirafan istimewa iaitu, Best Customer Service.

“Alhamdulillah hari ini total jualan Sambal Nyet telah mencecah RM 21.5 juta. Kita juga baru terima anugerah untuk Sambal Nyet bagi kategori Best Customer Service dan Best New Seller dari Shopee. Let me share with you guys macam mana kita manage operation setiap hari,” katanya.

Menerusi video tersebut, dia mendedahkan pihaknya menerima lebih kurang 1,000 kilogram (kg) bawang dan cili sehari untuk menampung pengeluaran produk tersebut.

 

Salma Syahbuddin