Heboh Berita Telah Meninggal Dunia, Farahdhiya Mohon Berhenti Permainkan Isu Kematian

Penyanyi, Farahdhiya  terkejut apabila satu akaun Facebook melaporkan dirinya telah meninggal dunia.

Menerusi hantaran di Instagram, Farahdhiya  memuat naik tangkapan skrin status Facebook yang ditulis oleh ‘isu terkini apa hari ini’.

Tegas pelantun lagu popular Bertakhta Di Hati itu, dia memohon orang ramai agar berhenti mempermainkan isu kematian.

Jelas Farahdhiya lagi, keadannya sihat dan masih bernafas seperti sedia kala.

“Cukup-cukupla main-mainkan kematian orang. Saya sihat Alhamdulillah masih lagi bernafas seperti biasa,” tulisnya.

Sebelum ini, Farahdhiya menjadi perbualan ramai yang didakwa akan bertunang apabila mengambil gambar di pelamin namun jelasnya dia hanya menumpang pelamin milik anak pengarah Datuk A.Aida.

ARTIKEL BERKAITAN: Farahdhiya Bakal Bertunang? – “Dalam Proses Memilih Tarikh Yang Sesuai
”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dakwaan Mahu Bertunang Tak Lama Lagi, Farahdhiya Tampil Perjelas Perkara Sebenar – “Rasanya Tiada Masalah Pun”

Aqilah Paharuzi