Heboh Isteri Buat Perubahan Wajah, Ini Respons Tajul Ariff – “Saya Sendiri Izinkan, Asalkan Dia Tidak…”

Penyanyi, Tajul Ariff mengakui membenarkan isteri tercintanya Nurul Shahmieza Eddie untuk membuat rawatan muka atau facial di klinik estetik demi kelihatan lebih cantik.

Tajul ketika ditemui berkata tiada masalah untuk isterinya membuat perubahan kerana dia sendiri yang memberi keizinan.

“Saya rasa benda (perubahan) itu normal. Pada saya ok la sebab saya yang suruh kan. Tak tahu la kalau orang perempuan lain macam mana.

“Saya yang suruh sendiri dia pergi buat facial.. Dia tak pernah buat sesuatu perkara yang saya tak suka ataupun tanpa pengetahuan saya. Semua itu atas diri saya sendiri,” katanya.

Tajul berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran laju raya bersama syarikat pengurusan FMC bertempat di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.

Terdahulu, nama isteri Tajul hangat menjadi perbualan netizen selepas ditegur melakukan perubahan wajah iaitu ‘nose lifting’ di sebuah klinik estetik.

Sekadar info, Tajul dan isterinya berkahwin pada 10 Disember 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.

Aqilah Paharuzi