Kaya Tapi Tak Bayar Hutang, Ronan Keating Perli Siapa?

Hero filem Titanic, Leonardo DiCaprio dilaporkan berhutang? Uish… macam tak percaya juga kan bila selebriti kelas A pernah pinjam duit orang lain.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh anggota kumpulan Boyzone, Ronan Keating yang mendakwa Leonardo pernah meminjam wangnya sebanyak beberapa ratus dolar lima tahun lalu.

Difahamkan, kejadian ini berlaku pada tahun 2013 ketika mereka sama-sama bermain daun terup di sebuah kelab di Sydney, Australia.

“ Saya rasa dia menang dalam permainan ketika itu namun tidak membayarnya balik,” katanya ringkas.

Bagaimanapun kata penyanyi When You Say Nothing At All itu, Leonardo, 43, masih belum membayar hutangnya itu sehingga kini.

Lebih memeranjatkan, Ronan memberitahu portal News.com.au, Leo secara berseloroh memberitahu dia tidak boleh berlakon ketika permainan itu berlangsung. Errr…

SGMS Faida