Hiburan By: SGMS Faida January 15, 2019 @ 6:49pm

Hero Muzik Video Semakin Terjawab, Bukan Remy Tapi Syafiq Kyle!

Akhirnya terjawab teka teki siapa yang membawa watak muzik video lagu Semakin nyanyian Siti Sarah Raisuddin.

Pelakon Syafiq Kyle diumumkan sebagai hero muzik video itu, sebentar tadi.

Menurut Siti Sarah selaku penyanyi Semakin, dia berasa cukup bertuah apabila pelakon terkenal itu bersetuju menerima tawarannya.

“ Saya mengaku berdebar dapat berlakon di sisi Syafiq. Semua orang tahun dia seorang yang hebat berlakon manakala saya pula memang kayu bila disuruh berlakon.

“ Syafiq banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membawakan watak dengan baik. Bayangkan dia mampu mengubah mimik muka dengan cepat, saya pula terasa janggal. Secara keseluruhan, dia memang pelakon yang hebat,” katanya ketika sidang media pelancaran muzik video dan MTV Karaoke “Semakin” di Red Box, The Gardens Mall.

Bercerita mengenai pemilihan Syafiq yang mana sebelum ini nama pelakon seperti Remy Ishak dan Fikry Ibrahim disebut, Sarah memaklumkan dia menyerahkan keputusan kepada suami, Shuib dan pihak pengurusan, Indigital Music.

“ Saya memaklumkan kepada suami, kalau boleh saya mahukan seorang pelakon profesional. Ini kerana saya tidak pernah berlakon secara serius. Secara jujurnya, jadual Syafiq agak padat namun dia sudi menjadi hero dalam muzik video ini. Apatah lagi saya juga salah seorang peminatnya, sudah tentu saya sangat gembira. ,” katanya.

Sarah juga tidak menolak seandainya tontonan muzik video ini berjaya menarik perhatian penonton, Syafiq adalah ‘pelarisnya’.

Muzik video ini akan mula ditayangkan pada 15 Januari 2019 bermula jam 5 petang di Youtube Channel Indigital Sdn Bhd. Muzik video ini juga boleh didapati di semua rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Plus. Semoga muzik video Semakin mendapat tempat di hati peminat industri muzik tanah air!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Nov 2022
Featured Wed, 14 Jul 2021

Jemaah Menteri Sebulat Suara Sokong Muhyiddin

Ahli Jemaah Menteri hari ini sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Ahli Jemaah Menteri dalam kenyataan ringkas berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung […]

Featured Mon, 22 May 2023

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Makin seronoklah Hot FM lepasni!

Hiburan Wed, 24 Jan 2018

Jiwa & Hati Tenang Bila Mengenakan Tudung

Alhamdulillah bila sudah bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Sempena Ramadan, Fattah Amin Lancarkan Lagu Zikir Eksklusif

Sejuk hati dengar lagu zikir Fattah Amin

Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Dia Tak Tahu Sebelah Dia Tu Bakal Suami’- Fahrin Ahmad Kongsi Gambar Lama Dengan Isteri

Semoga Fahrin Ahmad dan Elena sentiasa bahagia didunia dan diakhirat

Trending Sun, 3 Jul 2022

Rokok Seludup Bernilai RM1.8 Juta Berjaya Dirampas, Dua Lelaki Tempatan Ditahan

Rokok seludup berjaya dirampas, suspek tiada rekod jenayah.

Featured Wed, 5 Jul 2023
error: Content is protected !!