Hiburan By: Fatin Nurain January 23, 2023 @ 2:37pm

Hiburkan 2,000 Peminat Malaysia Jadi Hadiah Ulang Tahun Bermakna Nadin Amizah

Penyanyi Indonesia Nadin Amizah berjaya memukau kira-kira 2,000 peminat yang hadir di Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya, Sabtu lalu.

Sesuai dengan tajuk konsert sulungnya, sokongan dan kehadiran penonton sekali gus menjadikan acara tersebut sebagai hadiah ulang tahun yang bermakna buat penyanyi yang baru berusia 23 tahun itu.

Nadin yang terkenal menerusi lagu bergenre pop dan folk itu telah menawan hati peminatnya dengan membawakan 18 buah lagu selama dua jam konsert itu berlangsung.

Antara lagu yang dibawakan ketika konsert tersebut seperti Sebuah Tarian Yang Tak Kunjung Selesai, Hormat Kepada Angin, Seperti Takdir Kita Yang Tulis, Menangis Di Jalan Pulang, Dan Selesai, Sorai, Beranjak Dewasa, Rumpang dan banyak lagi.

“Ini pertama kali saya membawakan 18 lagu dan saya tak pernah menyanyikan sebanyak ini. Dan saya sedar rupanya ia sangat penat ya. Jadi saya memerlukan stamina yang sangat banyak supaya tidak penat ketika konsert nanti,” katanya.

Tampil dengan kelainan yang unik, penyanyi yang berbakat besar itu juga mengetengahkan konsep semi theatrical di segmen kedua konsert tersebut.

Malah, Nadin turut membawakan ibunya, Intan Gurnita menjadi salah seorang pelakon ketika menyanyikan lagu Bertaut.

Lebih menarik lagi, penyanyi itu juga berjaya membuat seluruh penonton yang hadir turut bernyanyi bersama dan memeriahkan panggung Zepp Kuala Lumpur itu.

Terdahulu, Nadin mengatakan dirinya tidak kesal masa remajanya diragut  oleh populariti sebaliknya menganggap segala kejayaannya kini adalah rezeki dan keistimewaan buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki 1.3 Juta Followers, Nadin Amizah Tidak Rasa Zaman Muda Sia-Sia – “Lebih Banyak Berkat Dan Rezekinya…”

Kreadit Foto: @artherockshow @brstmode

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 6 May 2018

Mahu Habiskan Masa Berdua Lebih Lama, Punca Mawar Belum Berbadan Dua

Namun, selepas 6 bulan usia perkahwinan pasangan ini, ramai yang bertanya agaknya bilakah Mawar dan Raf bersedia mahu menimang cahaya mata? Mana taknya, kedua-duanya pun kelihatan gembira dan sangat serasi bukan?

Featured Fri, 4 Nov 2022

Hadiahkan Gelang Tangan Emas, Niena Baharun Terharu Dengan Pengorbanan Pengasuh Anak

Pelakon Datin Niena Baharun menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada pengasuh dan penjaga anak-anaknya, Asra Syafikah. Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Niena bersyukur dikurniakan penjaga yang baik hati dan ikhlas menjaga anak-anak. @nienabaharun.nb Perpisahan

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Wed, 25 Aug 2021

Dayana Roza Selamat Lahirkan Anak Sulung Secara Pramatang, Beri Nama Astrid Raheeya

Pelakon Dayana Roza, 30, selamat melahirkan anak sulungnya secara pramatang pada 20 Julai lalu. Pemilik nama penuh Nur Dayana Kamsun Baharin selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.4 kilogram secara normal diberi nama Astrid Raheeya. “Sepatutnya

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

‘Itu Hanya Lakonan, Saya Masih Gagah’- Fikry Ibrahim Jawab Soalan Warganet

Takkan lah berlakon watak lembut bermakna dia tu betul-betul lembut…ye tak?

Selebriti Mon, 15 Feb 2021
Hiburan Sat, 21 Apr 2018

世界百大DJ艾维奇猝死 得年28岁

瑞典籍知名DJ艾维奇(Avicii)于21日凌晨惊传出死讯,得年28岁。他的死讯曝光后,震惊全球粉丝,大家也纷纷涌上他的社群网站上悼念。

Hiburan Sat, 21 Sep 2019

Tahniah…Zamani Dah Bergelar Suami!

Alhamdulillah…Akhirnya!

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

“Saya Lebih Suka Berterus Terang…” – Ruhainies

Pelakon jelita, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas bersyukur kerana masih mendapat tawaran lakonan walaupun sejak akhir-akhir ini kisah cintanya  dengan seorang ahli perniagaan yang digelar ‘Mr. E’ sering di beri perhatian

Hiburan Tue, 24 May 2022

Beberapa Kali Tertangguh, Puteri Gunung Ledang The Musical Dibatalkan

Setelah beberapa kali ditangguhkan, teater Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical terpaksa dibatalkan. Pengumuman rasmi itu diumumkan oleh syarikat penerbitan teater muzikal tersebut, Enfiniti (M) Sdn Bhd menerusi hantaran terkini di laman Instagram mereka. “Kepada

| Live TV