Hiburan By: SGMS Faida September 7, 2018 @ 8:30pm

Hidap Kanser Tahap Empat, Doakan Zaibo Segera Sihat!

“Ketika saya selalu tersedak dan muntah, saya sudah terfikir mengenai barah. Walaupun tidak sakit, saya dapat rasakan seperti ada yang tidak kena pada diri saya,” kata pelakon Zaibo bercerita bagaimana dia mula mengesan tentang penyakitnya.

Pelakon yang cukup terkenal menerusi drama Spanar Jaya ini memaklumkan dia kini menghidap kanser esofagus tahap empat atau kerosakan akibat asid dalam perut.

“ Selepas dapat tahu saya menghidap kanser, saya berkurung dalam bilik selama tiga hari.

“ Doktor mengesahkan simptom tersedak dan muntah yang dialaminya berpunca daripada barah, namun emosi saya semakin stabil,” katanya kepada BH Online.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid memberitahu dia dapat menjangka kekerapan gejala dilalui setiap kali menjamah makanan bermula selepas Aidilfitri lalu mempunyai kaitan dengan kanser.

“ Namun tidak menyangka sudah merebak ke tahap empat. Saya ke klinik bagi mendapatkan rawatan, seterusnya meminta dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan terperinci.

” Entah kenapa, saya sudah terfikir mengenai perkara itu. Pada 27 Ogos lalu segalanya terjawab apabila doktor di Hospital Batu Pahat mengesahkan saya menghidap barah,” katanya.

Pelakon yang popular menerusi watak Pak Selamat itu dilaporkan menangis tiga hari selepas dimaklumkan kanser itu sudah memasuki tahap empat.

“Saya lebih tertekan apabila diberitahu, sel barah sudah merebak ke perut, paru-paru dan tulang rusuk kiri. Namun, selepas bermuhasabah dan melihat wajah isteri dan anak, saya mendapat kekuatan untuk berjuang melawannya.

“ Saya reda kerana percaya qada dan qadar Allah. Lagipun, di sekeliling saya ramai memberikan semangat,” katanya yang sebelum ini hanya menghidap darah tinggi.

Pelakon senior itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor sejak Isnin lalu bagi menjalani siri ujian dan pemeriksaan. Dia dibenarkan pulang esok, sebelum dirujuk ke Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya pada 12 September ini.

“Saya akan berehat di rumah kawan di sini sebelum ke IKN melakukan proses PET-CT Scan. Sebarang keputusan rawatan, sama ada perlu menjalani proses kemoterapi atau pembedahan, hanya akan diketahui selepas itu.

“Saya juga perlu kembali semula ke HSB kerana hanya di situ mempunyai pakar dan kemudahan lengkap untuk merawat kanser itu. Pihak berkenaan yang akan tentukan jenis rawatan berdasarkan keputusan,” katanya yang memperlahankan kerjaya lakonan sejak dua tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Saya Reda Dengan Pemergian Ibu – Zul Ariffin

saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin,

Featured Tue, 5 Jul 2022
Featured Tue, 14 Mar 2023

[VIDEO] Lincah Menari, Penampilan Ning Baizura Dikritik

Alamak seksi sangat ke Kak Ning kita? Yang penting tetap vassss ya

Hiburan Fri, 20 Mar 2020

ICSYVM3: Yusry Tak Setuju Dengan Erra Fazira?

Fuhh macam best je minggu ni!