Hiburan By: Salma Syahbuddin April 17, 2018 @ 7:11am

Hilang 10 Tahun, Kaer Azami Muncul Single Baru?

Sebut sahaja nama penyanyi Kaer Azami, mesti ramai akan terngiang-ngiang dengan lagu beliau yang berjudul Izinkan Ku Pergi.  Penyanyi yang lahir dari program realiti TV ini pastinya amat dirindui oleh semua peminatnya sejak kemunculan beliau dalam industri hiburan tanah air.

Menghilang hampir 10 tahun, Kaer Azami mengakui beliau sebenarnya terpaksa berulang-alik dari Jakarta dan Malaysia atas urusan kerja.

” Ketika menuntut di Jakarta, saya buat kerja sambilan termasuk menata gaya untuk pelanggan. Saya banyak berkawan dengan pemuzik dan komposer muda. Saya dapat menimba pengalaman dan menambah ilmu dalam bidang seni. Malaysia dan Indonesia juga serumpun. Negara itu sudah dekat dalam hati saya seperti Malaysia.” Katanya

Tambahnya lagi, beliau turut mengusahakan dua label fesyen disana iaitu Quhji dan Kazami.

Kaer juga turut berkongsi berita gembira buat semua peminatnya di Malaysia kerana, beliau akan muncul dengan single baru bersama Amylea Azizan berjudul Tak Pernah Hilang. Lagu ini juga merupakan runut bunyi bagi drama Nur yang disiarkan di TV3.

“Kali terakhir saya muncul dengan single adalah berjudul Andai, kira-kira empat tahun yang lalu. Single terbaharu ini adalah hadiah istimewa buat pemintanya yang menyokong saya. Insha Allah, Ogos depan saya kanamuncul dengan single solo. Bagaimana pun, lagu tersebut belum dirakam. Kali ini saya akan hasilkan genre pop akustik bagi menepati citarasa anak muda.” Jelasnya

Apapun, kita doakan semoga kerjaya Kaer Azami semakin berkembang baik di Malaysia mahupun di Indonesia! Rindu nak dengar suara Kaer nyanyi Januari nyanyian asal Glen Fredly. Betul Tak?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 23 Jan 2019
Hiburan Thu, 29 Aug 2019
Hiburan Sat, 20 Oct 2018

周杰伦「惊喜现身」任贤齐演唱会?

早前因电影拍摄增胖至100公斤的任贤齐,成功在来马开唱前甩肥肉“这趟行程我只能吃鸡胸肉和青菜”;而演唱会更是邀请到「超级巨星」九孔,一人分饰周杰伦、费玉清和Mc HotDog,闹翻全场。

Hiburan Thu, 27 Sep 2018
Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Sun, 15 Jul 2018

DiRancang Ataupun Kebetulan Baju Mereka Sama?

Malu apabila baju sama memang pasti terkejut. Adakah ianya dirancang atau kebetulan . Jangan lupa baca ya

Events Tue, 9 May 2023
Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Fasha Sandha Puji Sikap Fazura

Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau. Thank You Faz. Thank you juga to Fattah…