‘Hilang’ Kuatkan Semangat Kaka Azraff

Penyanyi, Kaka Azraff kini tampil dengan lagu terbaharu iaitu Hilang.

Bercerita mengenai ‘Hilang’, Kaka memberitahu lagu tersebut sangat dekat dengan dirinya apabila kehilangan ayah, nenek dan rakan baiknya sendiri.

“Berdasarkan cerita sebenar yang pernah saya lalui dalam kehidupan.

“Kaka sebenarnya dah lama nak buat lagu tentang kehilangan ni sebab saya melaluinya dari kecil, kehilangan seorang ayah pada umur 10 tahun, tiga hari sebelum AJL kehilangan nenek, kehilangan sahabat baik saya iaitu Arwah Emmy Agung dan hari ini pun boss ketika saya mula-mula dalam industri ni pun pergi tinggalkan kami.

“Orang yang pergi ni, dia bukan pergi begitu sahaja tapi dia meninggalkan sesuatu untuk Kaka dalam dunia ni “ katanya.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Noor Atiqa Noor Azraff dia mengambil masa selama setahun untuk menghasilkan single ‘Hilang’ ini selepas memenangi Anugerah Juara Lagu ke-35 menerusi lagu ‘Gila’ pada tahun lalu.

“Nak buat lagu Hilang ni pun ambil masa setahun untuk saya buat rakaman semula sebab sebulan selepas AJL, kawan baik saya yang banyak memberi impak kepada karier saya meninggal dunia.

“Kaka rasa hilang, tak boleh nak mula bekerja. Saya rasa down, nak menangis.

“Kaka nak lagu ni orang dapat rasa apa itu rasa kehilangan tetapi bila kita hilang jangan hilang begitu sahaja, tetapi kita kenang dan ingatlah mereka,” jelas Kaka.

Disoal mengenai bagaimana dirinya kuatkan semangat untuk hasilkan lagu ini, Kaka berkata semangat yang ada pada dirinya datang daripada orang yang hilang tersebut.

“Bila teringat balik, arwah ayah Kaka lah orang pertama yang buat Kaka rasa boleh menyanyi.

“Itulah yang buat Kaka untuk meneruskan berkarya dan juga mewarnai industri muzik kita,” ujarnya.

Sumber: TV3MALAYSIA Official

Khairil Khusyairi