Featured By: Maya Basir March 18, 2023 @ 1:54pm

Hilang Penglihatan Sewaktu Bangun Tidur, Iqbal Mazlan Diserang Penyakit Ganjil – “Waktu Maghrib Mata Saya Agak Kabur…”

Pelakon Iqbal Mazlan dimasukkan ke Hospital Shah Alam pada 5 Mac lalu akibat penglihatannya yang terjejas.

Memetik laporan mStar, Iqbal atau nama sebenar Muhammad Iqbal Mazlan menceritakan pada awalnya penglihatannya kabur dan tidak berfungsi selepas bangun daripada tidur.

“Saya hilang penglihatan sewaktu bangun tidur, saya tidak nampak apa-apa.. mulanya saya ingatkan salah tidur, panik juga waktu itu sebab dunia gelap.

“Sebelum itu pada waktu maghrib penglihatan mata saya agak kabur, kemudian esoknya bila bangun tidur penglihatan saya hilang sepenuhnya,” katanya.

Selain itu, doktor memaklumkan pemeriksaan lanjut berhubung penyakitnya ini masih lagi dijalankan.

Menurut pelakon drama Diari Seorang Lelaki ini, ia merupakan kes pertama di Malaysia yang berkemungkinan berpunca daripada jangkitan virus.

“Mulanya doktor syak ini penyakit strok mata atau jangkitan kuman biasa tetapi sekarang dapat kesan jangkitan virus, buat masa ni belum tahu lagi virus apa kerana kami sedang menunggu keputusan daripada pakar.

“Penyakit ni agak ganjil dan maklumat tidak banyak jadi mereka terpaksa melakukan pemeriksaan terperinci mengenai penyakit saya ini.

“Jangkitan virus ni agak agresif sebab dia hanya serang bahagian mata sahaja, bahagian badan lain semua okay.

“Buat masa ini saya dipantau oleh pihak hospital sehingga keputusan ujian darah keluar,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Netizen Tersenyum Bila Erma Fatima Bawa Ibunya Beli Telefon

Video penuh dengan komen mencuitkan dari netizen. Tak percaya cuba tengok

Trending Fri, 7 Jan 2022

IGN SEA Mulakan 2022 dengan Squad Up: Athena, Memperkasakan Gamers Wanita di Seluruh Asia Tenggara

Memulakan tahun baharu, REV Media Group (RMG) melalui Rangkaian Permainannya, IGN SEA membawakan kejohanan e-sukan yang pertama untuk tahun ini dengan Squad Up: Athena khusus buat para wanita! Squad Up membuat penampilan sulungnya pada tahun

Trending Wed, 2 May 2018

Facebook Akan Lancarkan Servis Mencari Cinta Untuk Para Pengguna, Anda Berminat?

Nanti Facebook akan jadi lebih mudah untuk anda mencari cinta.

Trending Fri, 22 May 2020
Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Betul Ke Haqiem Rusli Perasan Diri Bagus?

Haqiem Rusli dikecam oleh netizen kerana perasan bagus namun dia menyuarakan pendapatnya.

| Live TV