Hiburan By: Padin May 25, 2023 @ 9:49am

Himpunkan Siti Badriah, Hesty Klepek2, Ani Maiyuni, Baby Shima & Ramai Lagi… Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia Bakal Gegar Kuala Lumpur 12 Ogos Ini!

Himpunan bintang dangdut popular Indonesia dan Malaysia bakal gegarkan Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang berlangsung pada 12 Ogos ini di Pusat Ekuastrian Bukit Kiara.

Konsert anjuran Mission Sight Sdn Bhd yang bakal berlangsung selama dua jam itu menampilkan Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena dari Indonesia dan dua penyanyi dangdut yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Ani Maiyuni dan Baby Shima.

Turut diundang sebagai tetamu VIP pada malam konsert itu nanti ialah pelopor genre dangdut tanah air Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram.

Pengarah Projek Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia, yang mewakili Mission Sight, Riezman Khuzaimi berkata konsert ini membawa misi untuk mengintegrasikan dangdut ke dalam masyarakat moden dan industri muzik.

“Kami mahu memperkenalkan semula genre dangdut ke dalam pasaran semasa dan pada masa akan datang. Dangdut tidak sepatutnya dijadikan muzik untuk orang-orang tertentu sahaja tetapi boleh dinikmati oleh semua.

“Lihat sahaja pada zaman kegemilangan Amelina, Mas Idayu dan Ramlah Ram…lagu-lagi mereka dinikmati dan diterima semua,” katanya.

Tambah Riezman lagu, Mission Sight juga mahu memperkenalkan bakat dan pelapis baru genre dangdut.

“Di negara kita tidak ramai artis berkembang dengan genre ini (dangdut). Jadi, kami gabungkan bintang dari kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia untuk menggegarkan kembali industri dengan muzik dan lagu-lagu dangdut.

“Dalam pada itu, kami berasakan dengan penganjuran konsert ini nanti dapat menarik peminat-peminat dari negara serumpun seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei untuk menonton artis kegemaran mereka membuat persembahan.

“Secara tidak langsung acara ini dapat mengembangkan industri pelancongan negara juga dan kami beradakan ia cara pemasaran baharu untuk industri pelancongan dan muzik,” katanya.

Dalam pada itu kata pelakon, pengarah serta penerbit berusia 53 tahun itu, pihaknya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk dikecam dan acara tersebut dipolitikkan sesetengah pihak.

“Ya, tidak dinafikan kebarangkalian itu berlaku dan mungkin akan ada yang mendesak agar konsert ini dihentikan.

“Kami sebagai penganjur sudah memberi garis panduan kepada para artis dan mereka faham dan bersetuju untuk mematuhinya.

“Saya rasa tidak adil jika peniant dihalang untuk berhibur kerana negara kita, negara demokrasi,” katanya.

Mengulas lanjut, Riezman berkata dia terpanggil untuk menganjurkan konsert selepas melihat banyak konsert yang melibatkan artis tempatan dan antarabangsa diadakan selepas pasca pandemik Covid-19.

Ditanya mengenai karier dalam lakonan, Riezman berkata setakat ini dia mahu memberikan fokus kepada konsert terlebih dahulu.

“Buat masa ini saya mahu fokus kepada konsert ini dahulu. Sekarang saya agak sibuk berulang alik dari Malaysia ke Jakarta untuk konsert ini.

“Ketika ini saya tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk menerbitkan sebarang drama atau filem daripada produksi saya,” katanya.

Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia bakal menampilkan selebriti versatil Malaysia, Didie Alias sebagai hos bersama Shandrra Rose dari Indonesia.

Penjualan tiket di zom duduk bermula dengan harga di RM658 (VIP), RM598 (Power), RM458 (Zon A), RM398 (Zon B).

Sementara itu di zon berdiri pula RM358 (Zon C), RM258 (Zon D), RM158 (Zon E dan F).

Pembelian tiket boleh dibuat di www.ticket2u.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jan 2018

钟铉遗作《Poet | Artist》藏洋葱!1月23日推出

韩国歌手金钟铉在2017年12月忽然离世,由于他轻生10天前才在个人演唱会上宣布新专辑消息,令歌迷错愕不已;为缅怀他对音乐的热情,所属经纪公司SM娱乐决定正常贩卖新专辑,遗作名称为《Poet | Artist》。

Trending Thu, 24 Feb 2022

“Pengalaman Dalam Lokap 3 Hari 2 Malam Detik Hitam Terburuk” – Tauke Jambu

Pelawak Tauke Jambu mengakui pengalamannya ditahan dalam lokap selama tiga hari dua malam sekitar Ogos 2021 merupakan detik hitam terburuk yang berlaku dalam hidupnya. Menjadikan insiden terbabit sebagai satu ujian, Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul […]

Featured Wed, 24 May 2023

Elfira Loy Berharap Dihindari Individu Talam Dua Muka – “Jangan Jadi Fake Depan Saya”

Min setujuu! Takut eh dengan orang talam dua muka ni 😢😢

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Tue, 4 Oct 2022

[VIDEO] Tidak Tahan Bekas Isteri Teruk Dikecam, Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Perceraian – “Saya Tak Jujur”

Bukan mudah seorang lelaki untuk turunkan ego dan mengaku salah sendiri, respect!

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Mira Filzah Mengaku Dah Bosan Dengan…

Sedia keluar dari zon selesa.

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Ini Drama Hantu Popular Di Tonton?

Kalau korang rasa drama cinta selalu mendapat tempat dihati peminat dan penonton maka, tekaan anda ternyata salah. Kenapa? Kerana, untuk minggu ini drama seram menjadi pilihan penonton menerusi laman portal kami hanya di tonton. Nak tahu apakah antara drama seram tersebut, jom kita layan!