Hitung Detik Perkahwinan, Watie Hanifiah Dedah Terpaksa Tukar Foto Di Instagram – “Sebab Ada Yang Marah”

Menjelang hari perkahwinan yang berbaki sebulan sahaja lagi, tunang kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mengaku sudah mula menukar foto yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Watie, 35, menerusi hantaran terkini di platform berkenaan, dia yang memakai busana suit lengkap berwarna hijau itu memaklumkan, terpaksa menukar fotonya sebelum ini selepas dimarahi.

“Another one month to go. Masih kapsyen yang sama Gambar sahaja kita kasi tukar, sebab ada yang marah,”katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata  warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap penampilan Watie.

Malah, ada yang menjelaskan bahawa baju yang digayakan Watie sebelum ini terlalu ketat dan kurang sopan apatah lagi dia bakal menjadi isteri.

Terdahulu, Shuib dan Watie selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediamannya yang terletak di Shah Alam dan dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak.

Shuib meminang Watie dengan membawa tiga buah dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang hantaran daripada pihak wanita.

Sebelum ini, Shuib memaklumkan bakal menamatkan zaman dudanya pada 23 Jun depan.

 

Salma Syahbuddin