Featured By: Fatin Nurain May 22, 2023 @ 12:22pm

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Kontrak bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin atau KJ telah disambung sehingga Disember ini selepas tiga bulan bergelar penyampai radio Hot FM bagi segmen Bekpes Hot, sejak Isnin lalu.

Menurut Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin, KJ akan ke udara menerusi segmen yang dikendalikan bersama rakan penyampai AG, Johan dan Fara Fauzana itu selama dua jam.

“Berita baik adalah KJ akan bersama dengan Hot FM sehingga hujung tahun ini.

“KJ tetap bertugas pada setiap Isnin, tetapi tempohnya akan dipanjangkan selama dua jam.

“Bagaimanapun, tidak semestinya KJ akan bertugas pada Isnin sahaja. Jika ada program khas memerlukan khidmatnya, KJ akan muncul.

“Sebelum ini, tugas KJ bermula jam 8 pagi, tetapi bermula Isnin lalu, jadualnya dipercepatkan iaitu antara jam 7 hingga 9 pagi,” katanya.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Shah pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Hot FM dan Buletin FM, semalam.

Selain kemunculan KJ dan rakan penyampai Hot FM dan Buletin FM, Majlis Rumah Terbuka Hot FM itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran.

Tambah Nazri, kemunculan bekas menteri tersebut sebagai penyampai radio juga telah memberi impak yang besar kepada stesen radio popular itu.

“Sejak KJ menyertai Hot FM pada Februari lalu, impaknya sangat ketara. Apabila beliau tidak ke udara, ramai pendengar mula tanya-tanya.

“Meskipun wujud banyak platform disebabkan perkembangan teknologi, namun radio tetap ada pengikut tersendiri kerana menyediakan hiburan diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, KJ turut mengucapkan terima kasih kepada MPA atas pelanjutan tempoh kontrak dan kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mengendalikan segmen tersebut.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Hot FM, MPA dan rakan penyampai kerana mengalu-alukan kehadiran saya.

“Memandangkan saya diterima dengan baik, jadi kami sama-sama bersetuju melanjutkan peranan serta penyertaan saya di slot Bekpes Hot hingga hujung tahun ini.

“Saya berharap Hot FM secara keseluruhannya menjadi stesen radio pilihan anda semua,” kata KJ.

Terdahulu, MPA telah mengumumkan Hot FM merekodkan peningkatan 75 peratus pendengar dalam tempoh sejam melalui penstriman langsung digital Hot FM di hotfm.audio dan aplikasi Audio+, berikutan penangan hari pertama KJ melapor diri sebagai penyampai di stesen radio popular itu, pada 15 Februari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 14 Aug 2020
Featured Tue, 14 Feb 2023

Hanya Beza 2 Markah, Joe Flizzow & SonaOne Terharu Lagu Hip Hop Masih Diiktiraf – “Kami Bekerja Seperti Di Level Antarabangsa”

Bezel Rollie warna pelangi satu malam di Temasek, Royal flush that bukan lagi suspect! Havoc persembahan Joe & Sona! 🤩🤩

Trending Tue, 21 Jul 2020
Trending Mon, 19 Oct 2020
Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Thu, 3 May 2018

Jangan Terus Kecam, Tengok Dulu…

Kata Mawi, “Saya dah sedia. Kalau tak bersedia tak adalah saya buat langkah berani begini. Lagipun, walaupun filem belum keluar, sudah ada cakap-cakap di belakang. Jangan kecam, kena tengok dulu,”