Hiburan By: SGMS Putri July 18, 2018 @ 11:06am

Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Diumumkan Secara Rasmi, Hadir Bersama Rekaan Premium Dengan 4 Kamera

Huawei baru sahaja melancarkan dua peranti baru dalam siri Huawei Nova untuk pasaran China. Huawei Nova 3 dan Nova 3i, kedua-duanya adalah merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan reka bentuk moden dan premium.

Huawei Nova 3 adalah model yang mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan peranti kelas perdana di mana agak mengejutkan apabila pihak Huawei mengklasifikasikan ia sebagai kelas pertengahan. Sebagai permulaan, peranti ini hadir dengan 4 kamera sama seperti model Nova 3i.

Ia akan menggunakan lensa warna 16MP serta 24MP bagi lensa monokrom dengan bukaan lensa f/1.8. Bagi kamera hadapannya pula, Huawei Nova 3 ini hadir dengan gabungan dua lensa warna 24MP + 2MP dengan aperture f/2.0.

Sistem cip yang digunapakai pula adalah cip paling berkuasa daripada HiSilicon buat masa kini iaitu Kirin 970. Cip yang sama telah digunakan pada peranti kelas perdana Huawei yang lain antaranya ialah P20 Pro dan Honor 10.

Peranti ini juga akan hadir dengan sokongan GPU Turbo yang didakwa akan memberikan pengalaman bermain permainan video yang mengujakan kepada pengguna. Buat masa ini, teknologi berkenaan dilaporkan hanya akan menyokong permainan PUGB Mobile dan Mobile Legends sahaja.

Nova 3 akan dijalankan dengan antaramuka EMUI 8.2 berlandaskan Android Oreo 8.1 serta memori 6GB dan mempunyai dua variasi simpanan dalaman iaitu 64GB dan 128GB. Ia juga menyokong fungsi kad mikroSD sehingga 256GB untuk simpanan tambahan.

Spesifikasi lain bagi peranti pula antaranya ialah ia menggunakan skrin bertakuk LCD 6.3 inci FHD+, bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas Huawei Super Charge serta sistem nyahkunci pengimbas cap jari dan pengesanan wajah.

Beralih kepada peranti Nova 3i pula. Dari segi luaran, ia nampak seakan sama dengan model Nova 3. Namun, peranti ini mempunyai spesifikasi yang agak rendah berbanding ‘abangnya’ itu. Sebagai contoh, Nova 3i menggunakan cip kelas pertengahan terkini HiSilicon Kirin 710.

Selain itu, kamera utama peranti ini pula hadir dengan gabungan lensa 16MP f/2.0 dan 2MP f/2.0. Manakala bagi kamera swafotonya pula, ia akan hadir dengan lensa yang sama dengan Nova 3 iaitu 24MP dan 2MP dengan bukaan lensa f/2.0.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, selain sistem cip yang telah dinyatakan, peranti ini akan dijana dengan memori 4GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB serta satu lagi variasi iaitu 6GB RAM dan 64GB ROM. Ia juga akan hadir dengan sokongan teknologi GPU Turbo.

Peranti ini akan dikuasakan menggunakan bateri dengan kapasiti 3,3340 mAh. Selain itu, Nova 3i akan hadir dengan paparan skrin, antaramuka, sistem operasi dan fungsi pengecasan pantas yang sama seperti Huawei Nova 3.

Harga pasaran di China untuk Huawei Nova 3 adalah pada 2999 Yuan(~RM 1,810), manakala Nova 3i pula dijual pada harga 1999 Yuan(~RM 1,206) untuk versi RAM 4GB/ 128GB manakala versi RAM 6GB/ 64GB diletakkan pada harga 2,199 Yuan(~RM 1,328). Huawei akan melancarkan kedua-dua peranti ini buat pasaran Malaysia pada 19 Julai dan kita akan mengetahui lebih lanjut tentang harga jualan tempatan dalam majlis itu nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Hebat! Majlis Perkahwinan Pengasas Jamu Mall Dapat Tajaan RM500,000

Selamat Pengantin Baru kepada Siti & Syafiq, semoga kalian berbahagia hingga ke Jannah!

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Gaya Di KLFW Dikritik, Awal Ashaari Tutup Ruangan Komen

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2018) sudah pun berakhir pada 12 Ogos lalu. Di sana, kita dapat saksikan ramai jemputan yang terdiri daripada golongan VIP, artis, fashionista dan ramai lagi.  Kehadiran ramai selebriti pada acara […]

Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Airmata Gembira Iringi Pernikahan Rizman

Semoga kekal hingga ke Jannah!

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

Kawan Baik Cipta Lagu Untuk Nubhan

Nubhan yang bergelar usahawan mengusahakan produk perawatan kulit, Juwita Divine yang turut dijual di luar negara. Dengarnya, Nubhan rindu nak menyanyi balik!

Hiburan Sun, 13 May 2018

Soal Berhijab, Sarah Minta Doakan Yang Terbaik!

Tambah Sarah, pemergiannya kali ini adalah lebih istimewa kerana bersama suami tercinta. Alhamdulillah…

Hiburan Fri, 19 Jan 2018

Tempoh Sebulan Jantina Sebenar Akan DiKetahui

Buat anda semua yang tertanya-tanya, dalam tempoh sebulan JAKIM bakal memberi jawapan ye

Events Fri, 7 Sep 2018

Jurnal Minggu Ke-8 : #daiTV3 Beriadah Sambil Terokai Pengalaman Jadi Buruh Binaan

Saksikan jurnal Da’i bagi mengetahui aktiviti Para Da’i kita sepanjang minggu sebelum ke pentas Pendakwah Nusantara Musim Ke-6

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Fellow Labelmate, Eunhyuk Of Super Junior Speaks Out About Red Velvet Wendy’s Tragedy

Being an idol, this might be their own and only way to voice out their opinion.

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

Mahu Ubah Selera, Wany Hasrita Selit Elemen Muzik Indonesia Dalam Single Terbaru

Vokal ala kadar? Buah tangan terbaru Wany ini bakal menjawab segala-galanya. Insya Allah…

| Live TV