Categories: Hiburan

Hubungan Kami Complicated, Doakan Pengakhiran Terbaik

Baru saja mengikat tali pertunangan pada Oktober 2017, hubungan pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy dikhabarkan sedikit goyah. Alamak, janganlah begitu dik… Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui hubungannya dengan pelakon Elfira Loy melalui fasa yang rumit. Bagaimanapun, Sufian, 25, berkata, dia sentiasa berdoa yang terbaik agar hubungan yang dibina itu berakhir seperti dirancang.

“Boleh dikatakan hubungan kami dalam keadaan complicated. Ia bukan kerana berhadapan masalah tapi sesuatu yang sukar dijelaskan. Seperti pasangan bertunang yang lain, kami melalui fasa ujian bertunang.

“Hanya kami berdua yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik,” ujarnya kepada mStar Online.

Namun Sufian turut memberitahu dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

“Sebagai indvidu saya bersedia untuk berkahwin, tapi perkahwinan ini bukan semudah itu, ia melibatkan ramai pihak terutamanya keluarga.

“Kita tidak boleh membelakangi keluarga terutama ibu bapa, sebab itu saya kata sebagai individu saya bersedia,” ujarnya.

 

SGMS Putri