Featured By: Attiqah Mohd August 24, 2021 @ 3:55pm

Hukuman Penjara 13 Bulan Farid Kamil Diganti Denda RM 5,500

Pelakon Farid Kamil yang diperintahkan untuk dipenjarakan selama 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan hari ini berdepan hukuman denda sebanyak RM5,500.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan dibuat keatas kes oleh pelakon tersebut.

Selain itu, Farid juga menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.

Mahkamah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan kata tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Sebelum ini, Farid Kamil dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Mar 2020
Featured Tue, 1 Nov 2022
Featured Sun, 5 Jun 2022
Trending Mon, 30 Jul 2018

Bekas Mak Nyah Berhijrah Cari Jodoh Usahawan

Mohd Khariri berkata dia kini dilantik sebagai pembantu mutawif oleh sebuah agensi pelancongan untuk membimbing mana-mana golongan transgender yang berhasrat menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Erra Fazira Bersuara Mengenai Isu Sakit Mental

Erra Fazira bersuara tentang sakit mental termasuklah kemurungan kerana hal ini tidak boleh dibuat main dan perlu dititikberatkan….

Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

error: Content is protected !!