“I Tak Nak Buat Statement Sebab…” – Sophia Albarakbah Tampil Perjelas Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

Pelakon Sophia Albarakbah tampil menjawab tuduhan mengenai kontroversi yang mengaitkan dia dan pelakon Aliff Aziz.

Memetik laporan Hlive, Sophia memberi kenyataan melalui pesanan mesej dengan berkata dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan berkaitan kontroversi tersebut buat masa ini.

“I know sekarang topic ni tengah panas. I faham all you reporters and media sekadar buat kerja kan. Tapi honestly it’s something yang I dont like.

“I tak nak buat statement sabab nanti lagi teruk keadaan. Bayangkan, pihak sana buat statement lepastu I buat statement lepastu pihak sana keluar statement lagi. So nanti jadi pergaduhan, lepas itu netizens pula akan pilih pihak ni pihak tu and jadi perbalahan antara semua,” tulis Sophia.

Dalam pada itu, Sophia turut berharap kontroversi yang melanda dirinya itu hilang dengan sendiri dan selesai dengan pihak yang terlibat sahaja.

“Bukan something yang bagus kan? So I really harap rakan media akan biar benda ni hilang sendiri. Tak nak la orang keep up pasal issue ni please.

“Sebab now I tengah shooting drama ni and kita nk focus and buat terbaik. Please just let this issue die down. Benda boleh di selesaikan antara pihak yang terlibat personally. Taknak involve satu Malaysia. I harap you faham,” jelasnya.

Minggu lalu, isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah mendedahkan seorang pelakon wanita telah mengganggu Aliff dengan membuat panggilan telefon berkali-kali dan menghantar pesanan sehingga menganggu rumah tangganya.

Terkini, Aliff Aziz tampil mengesahkan aktres wanita yang menjadi punca pergolakan rumah tangga yang dimaksudkan isterinya, Bella Astillah adalah aktres Sophia AlBarakbah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

Sumber:  Hlive

Khairil Khusyairi