Hiburan By: SGMS Faida February 27, 2019 @ 2:03pm

‘Ia Berulang Kembali’- Bella Astilah Terkejut Aliff Aziz Terkait Cinta Lokasi Sekali Lagi?

Selepas insiden ‘kantoi’ di pusat karaoke pada 2017, pelakon Aliff Aziz sekali lagi berdepan dengan isu serupa.

Baru-baru ini, isterinya Bella Astilah tidak dapat menahan sabar lagi selepas memuat naik luahan tentang sikap suaminya yang masih belum berubah.

“ Saya beri peluang sebab setiap manusia buat silap dan saya pandang anak saya. Tetapi saya lalu hal yang korang takkan boleh bayangkan. Selepas Aliff habis shoot telemovie baru-baru ini dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam tele tu.

“ Dua hari sebelum shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka lhone, dia buka tapi pandai dia dah delete whatsapp dengan heroin itu,” luahnya.

Bella turut bertegas memberitahu dia bukanlah kanak-kanak yang boleh ditipu sesuka hati apabila Aliff memberitahu tiada apa berlaku antara dia dan pelakon wanita berkenaan

Bella yang kecewa dengan tindakan Aliff juga mengaku terkejut dengan pesanan diterima oleh seorang hamba Allah yang menceritakan kejadian sebenar.

“ Saya bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa dijawab dengan begitu cepat. Terima kasih kepada insan yang DM saya, kalau tak saya ni takkan tahu apa apa hanya dengan Ayden sahaja di rumah,” katanya.

Bella turut mengingatkan suaminya tentang saat indah dalam dunia hiburan yang dilaluinya kini segalanya adalah sementara. 

Pada Ogos 2017, Aliff terkait dengan kisah serupa selepas berlaku pergelutan antara dia dan isteri selepas berada di dalam pusat karaoke bersama pelakon Nur Afifah Nasir.

Dalam masa sama, Bella turut menjawab sindiran pelakon Oktavia Manrose di IG selepas pelakon itu meminta agar Bella tidak menuduhnya menjalinkan hubungan sulit bersama suami orang. 

Bella yang tidak mampu membendung kemarahan mempersoalkan tindakan Oktavia yang keluar dengan suami orang pada jam 3 pagi. Dalam pada itu, Bella turut menyimpan tiga video yang dipercayai memaparkan wajah pelakon berkenaan bersama Aliff di kelab malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Diugut Netizen Gara-Gara Blackpink!

Sebagai peminat apa salahnya post gambar macam tu kan?

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Ruhainies Bimbang Teman Lelaki Kena Sailang?

Sebab itu saya tidak terlalu terbuka atau mendedahkan si dia. Semestinya saya juga sama seperti wanita lain tentu risau dan cemburu kalau kekasih diganggu.

Hiburan Wed, 4 Mar 2020
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

‘ Takde Job? Jangan Salahkan Syarikat Produksi’- Lan Siro

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tak gitu?

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

草蜢性感程度爆灯!被男粉丝吹口哨狂撩

《草蜢17385世界巡回演唱会》来到云顶站,草蜢三子极尽妖艳之能事,无论是透视装、深V、鱼网装、裙装……性感程度无极限,让粉丝大喷鼻血,还遭男粉丝猛吹口哨狂撩!

Events Thu, 14 Nov 2019

The 2019 E! People’s Choice Awards Complete Winners List

Congratulations to the winners! You all deserve it!

Contest Mon, 27 May 2019