Featured By: Aqilah Paharuzi April 25, 2022 @ 9:39am

Ibu Achey Meninggal Dunia

Pelawak terkenal, Achey Bocey berkongsi berita duka memaklumkan ibu tercinta, Ngaisah Hassan, 74, meninggal dunia pada jam 12.46 tengah malam tadi.

Khabar merobek hati berkenaan dikongsikan oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah di satu hantaran di Instagram miliknya.

“Ya Allah. Permudahkan perjalanan mak di sana. Kami reda ya Allah. Saya atas motosikal lagi, baru balik dari kerja. Mak baik. Mak pergi di bulan yang baik (Ramadan).

“Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-Fatihah,” tulisnya.

Berbaki seminggu menyambut ketibaan Aidilfitri, Achey reda dengan pemergian ibu tercinta yang meninggal dunia di bulan yang sangat mulia.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Achey memberitahu ibunya meninggal pada malam yang sangat tenang ketika dia memandu ke kampung halamannya yang terletak di Segamat, Johor untuk urusan pengebumian.

“Mak pergi malam yang tenang,” tulisnya.

Difahamkan, ibu Achey, Ngaisah beberapa hari ini menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan dimaklumkan berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan.

Sebelum ini, Achey memberitahu kesihatan ibunya merosot dan berada dalam keadaan tidak menentu serta kerap keluar masuk hospital, sehingga memaksa Achey untuk berulang alik dari Kuala Lumpur dan Johor pada setiap minggu untuk menjaga Allahyarham.

Pada Jun tahun lalu, Allahyarham ibu Achey dimasukkan ke wad kerana menghidap masalah saluran pankreas.

Penyakit itu jarang dijumpai sehingga menyebabkan berat badannya susut lebih 20 kilogram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Dato Hattan Sarankan Puteri Balqis Berubat Kampung

Beberapa hari ini, kisah pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis menjadi perhatian ramai. Tiada siapa menyangka, Balqis kini berdepan dengan kesempitan hidup dan terpaksa menjual buku puisinya untuk menyara kehidupan. Kisahnya itu mendapat perhatian selebriti lain yang […]

Hiburan Sun, 1 Dec 2019

首次来马开唱!莫文蔚「绝色」演出

曾多次举办巡回演唱会,莫文蔚对于首次正式将演唱会移师大马感到非常兴奋,直呼这个第一次来得有点太晚!

Featured Tue, 27 Sep 2022
Trending Thu, 14 May 2020

PKPB Raya, Ini Cara Kembalikan Mood Hari Raya Seperti Di Kampung

Mood hari raya masih on kalau korang lakukan lima perkara ni..

Featured Mon, 19 Aug 2019
Featured Thu, 9 Jun 2022
Trending Tue, 28 Aug 2018

Bride DEMANDS RM6k From Each Wedding Guests or They’re Not Invited

She went absolutely crazy when people refused to give her the cash.

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Events Thu, 15 Nov 2018

Wow! Lebih 20,000 Peminat Banjiri Konsert Guns N Roses Di Surf Beach, Sunway Lagoon

Meriah nya konsert Guns N Roses ni, rugi pula tak pergi

error: Content is protected !!