Categories: HiburanTrending

Ibu Aliff Aziz Kongsi Pandangan Ikhlas – “Air Mata & Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia”

Ibu kepada pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz, Hafiza Basharahil tampil berkongsi pandangan ikhlas menerusi ruangan di Instagram Stories.

Kongsi Hafiza yang juga merupakan ibu kepada Aisyah Aziz, air mata dan lakonan hebat boleh menutupi mata manusia.

“Air mata dan lakonan yang hebat boleh menutupi mata manusia akan perbuatan dan siapa kita yang sebenar.

“Tetapi yakinlah kita pasti akan takut pada bayangan kita sendiri wallahualam, #PandanganIkhlas,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, Hafiza tidak menyebut sebarang nama atau menujukan hantaran terbabit kepada mana-mana individu.

Dalam perkembangan lain, isteri kepada Aliff Aziz, penyanyi Bella Astillah tampil menjawab dakwaan yang mengatakan dirinya curang dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.

ARTIKEL BERKAITAN: Plot Twist…. Didakwa Curang Dengan Muaz Zabir, Sebenarnya Bella Astillah Cuma Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Turut Curang Dengan Adik Saya Sendiri” – Simpan Semua Bukti, Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali

Bella juga mendedahkan Aliff berlaku curang kepadanya sebanyak 11 kali dan turut menjalin hubungan sulit dengan adiknya sendiri, Eriqa Astillah.

Aliff kembali menjadi sorotan orang ramai selepas dia ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Susulan penahanan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspress di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu.

Padin