Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2024 @ 1:08pm

Ibu Aliff Syukri Perjelas Dakwaan Guna Ilmu Hitam Untuk Cantik – “Orang Yang Tak Ada Identiti, Akan Selalu Sibuk Pasal Orang Lain”

Ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim tampil menjelaskan dakwaan yang mengatakan dia kelihatan cantik dan awet muda gara-gara mengamalkan perbuatan syirik.

Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita menjawab persoalan yang diajukan pengikutnya ketika sesi siaran langsung bermula.

Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang cuba memberikan tuduhan fitnah terhadapnya kerana ia sama sekali tidak penting untuk diri dan kehidupannya.

“Biarlah dia, dia nak buat apa pun biar..janji di gembira.

“Orang yang tak ada identiti dia akan sibuk bercerita tentang orang lain. Orang yang bijak dia akan fokus dengan keburukan dia untuk memperbaiki diri dia.

“Kalau nak menjadi seorang yang terkenal dalam media sosial atau pun yang nak mengajar ilmu, dia tidak akan mengejar populariti,” ulasnya.

Dalam hantaran sama, Rozita sekali lagi mengingatkan bahawa undang-undang itu wujud bagi mereka yang melampaui batas.

“Dia ada hak untuk bercakap tentang buruk saya, sebab itu pilihan dia. Jalan mana yang dituju? Kalau jalan dia nak memburukkan saya untuk dapat publisiti itu hak dia. Tetapi jika fitnah yang melampau, undang-undang ada.

“Kalau undang-undang itu ‘manis’ untuk dia, dia rasa orang ini sabar ada had,” jelasnya.

Terdahulu, isu ini timbul selepas ada individu tampil mendakwa kononnya Rozita mengamalkan ilmu hitam dan batin sehingga menyebabkan dia kelihatan cantik walaupun sudah menginjak usia 60 tahun.

Bahkan, invidu tersebut meminta orang ramai untuk tidak obses dengan Rozita memandangkan kejelitaan yang dimilikinya itu bukanlah kerana produk yang dijualnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Thu, 24 Oct 2019
Eat Travel Fri, 28 Dec 2018

Resipi Apam Santan Pelangi Paling Gebu Yang Wajib Anda Cuba

Apam santan ini sedap jika dimakan bersama secawan teh.

Hiburan Tue, 19 Dec 2023
Trending Fri, 29 Jan 2021
Trending Wed, 20 Feb 2019

Happy Meal Readers Programme to Instil Family Togetherness Through Reading

Fun reading while filling up the hungry tummies!

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

‘Minta Maaf Atau…’ – Linda Rafar Mahu Saman Netizen

Saya tak pernah berasa menyesal dengan apa dibuat. Saya hanya mempertahankan hak ibu. Lagi pula, ini bukan untuk kepentingan saya seorang tetapi orang lain juga yang pernah mengalami nasib sama.

Featured Tue, 1 Jun 2021

Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia di Hospital Pantai, hari ini pada usia 75 tahun. Universiti Limkokwing dalam satu kenyataan memaklumkan, mendiang seorang yang banyak berjasa dalam pendidikan inovatif […]