Ibu kepada penyanyi Amy Search, Fatimah Idris meninggal dunia jam 6 petang semalam.
Perkhabaran duka ini dikongsi oleh Amy menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya yang dimuat naik semalam.
“Doakan ibu saya, Hajjah Fatimah Haji Idris yang kembali ke Rahmatullah sebentar tadi (semalam).
“Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudara di Kota Damansara pada jam 6 petang dan disahkan oleh penolong kanan Hospital Sungai Buloh jam 10.45 malam.
“Insya-Allah arwah Mak akan dimandikan esok (hari ini) jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara,” tulis Amy.
Anak Amy, pelakon Nabila Huda turut berkongsi berita sedih terbabit di ruangan Instagram Story miliknya.
“Assalamualaikum. Abil baru saja kehilangan seorang lagi nenek. Fatimah Idris. Al-Fatihah,” tulisnya.